April 1, 2018

TG DATO` DR. HARON DIN MELAWAT MASJID AL-UMM



BBB, 11 Rajab 1439H. = 29 Mac 2018M. (Sabtu):
Ketika meninggalnya TG Dato` Dr.  Haron Din (16.9.2016) Masjid Al-Umm masih belum siap dan masih memerlukan dana bagi menyiapkannya. TG Dato` Dr. Haron Din hingga  ke seminggu sebelum meninggal telah memberi khidmatnya  sebagai Penaung, menerima cek RM4 juta  dari Menteri Besar Selangor YAB Dato` Seri Azmin bin `Ali di Masjid al-Hasanah pada 9.9.2016. Beliau tidak berkesempatan menggunakan Masjid Al-Umm yang baru digunakan ialah pada 16.12.2017.
Secara rasmi beliau telah pernah memberitahu Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm untuk melawat dan melihat perkembangan Masjid Al-Umm. Lawatan yang mau dilakukan ialah pada 29 Jun 2015 bersamaan  12 Ramadhan 1436. Hasrat TG Dato` Dr. Haron Din itu diterima baik oleh AJK dan bersedia menerima kehadiran Tuan Guru untuk membuat lawatan berkenaan.
Perkembangan pembinaan Masjid pada masa TG membuat lawatan adalah selepas satu setengah tahun pembinaan berlaku, dan pembinaan dari segi tahap kemajuannya ialah 75%. TG hadir pada kira-kira jam 11.00 pagi. Menyambut kehadirannya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Dr. Shafie Abu Bakar, Pengerusi bahagian Teknikal Tuan Haji Ishak Arshad, Tuan Haji Abdul Rahman Daud dan beberapa yang lain. Menurut Tuan Guru sebelum daripada ini beliau pernah datang secara pensendirian sebanyak 3 kali meninjau perkembangan pembinaan masjid dari luar dan kehadirannya pada hari ini adalah bagi kali keempat.
Tuan guru diiring ke dalam bangunan yang masih bersepah dengan bahan-bahan binaan. TG dibawa melihat kepada bahagian utama masjid, iaitu ruang utama solat yang mana pada bahagian tiang-tiang supportive daripada besi masih berceracak terdiri menjunjung bahagian  kubah bagi memastikan bahagian itu keras, agar tidak runtuh. Tuan guru juga ditunjukkepada mihrab dan pada bahagian depan masjid yang belum ada tempat khatib dan sebagainya.
Tuan Guru juga dibawa melihat tentang kerja-kerja melengkapkan dalaman selain dari kubah, ialah tentang pemasangan tile pada bahagian depan dan dinding depan,
Tuan Guru juga diberi Penerangan oleh Tuan Pengerusi bahawa hingga peringkat mutakhir  jumlah kewangan yang dipungut ialah                           RM11.5 juta
Baki kewangan adalah                                                  2.5 juta
Bererti perbelanjaan yang telah dibuat ialah   RM  9  juta.
Dengan kewangan yang ada Tuan Guru diberitahu bahawa kewangan adalah tidak mencukupi. Pada masa itu anggaran kos bagi keseluruhan telah meningkat  kepada RM18 juta dari sebelumnya disebut paling minimum ialah RM15 juta.
Penggunaan masjid telah beberapa kali tertangguh.
Jangkaan asal penggunaan pada permulaan ialah pada Mei 2015
Kemudian tertangguh kepada  Ogos 2015
Kemudian tertangguh kepada  10 Zulhijjah 1436H. bersamaan 24 September 2015.
Pada tarikh ini adalah hari `Idul-Adhha dan tarikh ini tersebar di kalangan orang ramai dengan agak meluas. Lantaran pada hari permulaan penggunaan itu diharap Tuan Guru akan memimpin solat Idul Adhha sebagai permulaan solat dilakukan di Masjid Al-Umm.  Namun tidak menjadi kenyataan.
Harapan seakan-akan menjadi kenyataan bahawa Masjid Al-Umm akan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Idris Sharafuddin Sultan Selangor pada 3 Jun 2017 bersamaan 8 Ramadhan 1438H. sebagai salah satu dari siri lawatan Baginda ke masjid pada bulan Ramadhan. Namun sebelum daripada itu pihak JAIS melalui lawatan Pengarahnya juga disertai Pegawai-pegawai berkaitan tidak memperakui masjid dirasmikan oleh kerana belum siap dan belum mendapat CCC. Jadi rancangan perasmian Masjid Al-Umm ditarik balik.
Demikianlah beberpa kali tertangguh dari penggunaan Masjid Al-Umm, antaranya Tuan Guru dijangkan memulakan penggunaanya pada Hariraya Idul Adhha 1438H. Tetapi tidak juga terlaksana.
Namun Masjid Al-Umm mula digunakan pada 16.12.2017 selepas mendapat CPC pada 14.12.2017. Iaitu berikutan Sambutan Maulid al-Rasul pada hari berkenaan (Sabtu 27 Rabi`l-Awwal 1439H.) di Masjid tersebut. Namun hingga kini belum mendapat keizinan medirikan solat Juma`at.
Sekian.

No comments:

Post a Comment