April 23, 2018

PERTEMUAN DENGAN PAID HARAPAN GUNA MASJID



BBB,  6 Rajab 1439H. = 22 April 2018M. (Ahad):
Penulis berulang kali meyebut tentang pertemuan dengan Pejabat Daerah, dengan PAID dan dengan pengerusi-pengerusi surau-surau yang dijangka berada di bawah Masjid Al-Umm apabila dirasmikan penggunaannya bagi menunjukkan betapa seriusnya kami dengan perancangan untuk perasmian Masjid Al-Umm yang akan dilakukan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor  pada 3 Jun 2013 bersamaan  8 Ramadhan 1439H.
Antara pertemuan mutakhir ialah dengan PAID berhubung dengan Perasmian Masjid Al-Umm. Ini dilakukan pada  7 Mac 2017 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1439H. bertempat di Pejabat Paid Sendiri di Bangi. Pihak Masjid Al-Umm adalah terdiri dari Pengerusi dan jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan pihak PAID diketuai oleh Pegawai Tadbir PAID sendiri, iaitu Tuan Haji Hanifuddin dan Ketua Bahagian Masjid Ustaz Nazri. Perbincangan adalah persediaan bagi Kunjungan Tuanku Sultan Selangor. Iaitu memperhalusi apa yang telah dibincang sebelumnya – Termasuk dengan Pejabat Daerah Hulu Langat.
Yang dijangka hadir pada Majlis Perasmian ialah:
·          DYMM Tuanku Sultan Selangor dan kemungkinan bersama Raja Muda.
·         YAB Dato`  Seri Azmin Ali Dato` Menteri Besar Selangor
·         Orang Besar Daerah dan Pegawai-pegawai.
·         Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung.
·         Jemputan-jemputan Khas
·         Pelajar-pelajar
·         Faqir  miskin
·         Jemputan-jemputan setempat.
Penggunaan Ruang
Dengan memasang khemah  pada bahagian hadapan masjid dan Ruang Legar atau menggunakan `Dewan Pelbagai Guna` di bawah tanah bagi berbuka dan makan.
Tempat Rehat Tuanku  
Ialah di Bilik VVIP. Persediaan bagi bilik ini di bawah tanggungjawab PAID Hulu Langat.,
Ruang Solat:
Tempat khas di belakang imam diresevekan tiga ruang.
Imam ialah dengan menggunakan Imam Negeri, tetapi Bilal ialah tempatan.
Pembahagian Tugas:
·         Sepanduk di dalam kawasan masjid dan sekitaran (Publisiti – Pejabat Daerah)
·         Khemah (JKR)
·         Kerusi meja (JKR, MPKj, PAID dan Pejabat Daerah)
·         Jemputan (Pejabat Daerah)
·         Keselamatan (Pejabat Daerah)
·         Cenderamata (Masjid dan berbagai pihak)
·         Juruacara Majlis (Masjid Al-Umm)
·         Khatib  (PAID)
·         Bilal (Al-Umm).
Tempat Perasmian
·         Tandatangan plak  perasmian (Diabadikan di Masjid). Bertempat di ruang legar.
·         Buku program (PAID)
·         Cenderahati – Buku dan perkara yang ada hubungan dengan budaya setempat (Al-Umm dan lain-lain).
·         Bajet – PAID, Pejabat Daerah dan Al-Umm
·         Pakaian – Melayu (Imam, bilal – berjubah).
Agenda/Aturcara
·         6.00 ptg. Ketibaan AJK Masjid dan pegawai-pegawai
·         6.15         Ketibaan Pegawai Tadbir PAID dan Ketua-ketua Jabatan
·         6.30         Ketibaan YAB Dato` Seri Menteri Besar Selangor
·         7.00         Ketibaan DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Negeri Selangor
·         7.30         Berbuka
·         7.45         Solat Maghrib
·         8.00         Makan malam
·         8.15         Majlis Pengurniaan  Selepas Tandatangan Plak dan Ucapan Ringkas
·         8.30         Solat Isya` dan Tarawih
·         9.30         Penyampaian Bantuan – Penyerahan Cenderahati (Solawat dan Do`a).
·         1`0.45     Bergambar
·         11.00      Bersurai
Demikianlah segala perkara diteliti dan program diatur rapi, Masjid Al-Umm seolah-olah seperti benar-benar  dapat dirasmikan dan berikutnya Masjid Al-Umm dapat digunakan secara rasmi. Adalah dipohon dari PAID agar Masjid Al-Umm dapat digunakan lebih awal sebelum perasmian sebagai latihan dan dapat dikenalpasti masalah dan kekurangan dan dapat dibaiki sebelum tibanya masa  perasmian. Pihak PAID sebagaimana sebelumnya tidak dapat membenarkan sehinggalah mendapat CCC.
Sekian.

No comments:

Post a Comment