April 13, 2018

PERTEMUAN DENGAN MASJID AL-HASANAH - PEMBAHAGIAN SURAU-SURAU



BBB,  25 Rajab 1439H. =  12 April 2018M. (Khamis):
Masjid dan surau di Selangor adalah terletak di bawah Majlis Agama Islam Selangor, bagi zon yang lebih kecil atau peringkat Daerah, maka seperti Masjid Al-Umm adalah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Daerah  (PAID) – Hulu Langat. Segala urusan masjid dan yang lain-lain yang berhubung dengan agama Islam di bawah Daerah Hulu Langat hendaklah dirujuk dan berurus  dengan PAID berkenaan.
Di dalam satu kawasan ada masjid dan surau-surau dan surau-surau adalah lebih banyak dari masjid. Surau-surau adalah tempat solat yang lebih kecil berbanding dengan masjid, sebab  itu bagi sesuatu masjid diletak surau-surau di bawahnya. Misalnya Masjid Al-Hasanah  yang merupakan satu-satunya masjid di Bandar Baru Bangi – sebelum didirikan Masjid Al-Umm, maka semua surau di Bandar Baru Bangi yang berjumlah empat puluh buah itu terletak di bawah jagaan Masjid Al-Hasanah.
Adalah dijangka dengan adanya Masjid Al-Umm, maka sebahagian daripada surau-surau khususnya yang berdekatan dengan Masjid Al-Umm akan diletak di bawah ri`ayah Masjid Al-Umm. Menyedari kedudukan sedemikian, pihak Masjid  Al-Umm telah berusaha bagi  mengadakan perbincangan dengan pihak Masjid Al-Hasanah.  Tarikh dipersetujui ialah:
Tarikh:  11 Oktober 2016
Hari:     Selasa
Jam:   10.00  pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Al-Umm
Topik yang dibincangkan, ialah jumlah surau-surau di bawah Masjid Al-Umm
Hadir dari pihak Masjid Al-Hasanah ialah Nazir Masjid Al-Hasanah Dato` Abdullah bin Mat Din, Imam Satu Tuan Haji Napiah Saharani dan setiausahanya Tuan Haji Kamaruddin bin Muhammad.
Dari Masjid Al-Umm ialah Dr. Shafie Abu Bakar selaku Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm, Tuan Ir. Haji Ishak bin Arshad, Timbalan Pengerusi,  Setiausaha Tuan Haji Suib Maulud, Tuan Haji Mohd Nor Yasin Bendahari, dan ahli-ahli Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud, Tuan Haji Sufi Munassir, Ustaz Muhammad bin Hasbullah dan saudara Adham bin Anuar Setiausaha Kerja.
Perbincangan ialah mengenai jumlah surau-surau yang wajar diletak  di bawah Masjid Al-Umm dan yang wajar berada terus di bawah Masjid Al-Hasanah. Dalam perbincangan Masjid Al-Umm mau hanya sejumlah kecil surau-surau  yang berdekatan dengan Masjid Al-Umm, iaitu kira-kira 15 buah surau sahaja, manakala yang lain adalah di bawah Masjid Al-Hasanah.
Mesyuarat  bersetuju bahawa surau-surau berikut adalah dicadangkan berada di bawah Masjid Al-Umm, iaitu:
Seksyen Satu:
Surau Al-Nur,  Surau Al-Umm, Surau al-Ittihad
(Surau Al-Umm dihentikan kegiatan selepas pembukaan Masjid Al-Umm secara rasmi).
Seksyen Dua
Surau Damai, Surau Al-Ehsan, Surau Al-Mawaddah.
Seksyen Tiga:
Surau Bangi Perdana, Surau Abdul Rahman bin `Auf, Surau Al-Madani, Surau Al-Sabah, Surau Al-Raudhah dan Surau Al-`Ibrah
Seksyen Enam Belas
Surau Al-Falah, Surau Al-Taqwa, Surau Al-Istiqamah dan Surau Al-Ridhuan.
Surau-surau berkenaan adalah berdekatan dengan Masjid Al-Umm berbanding dengan Masjid Al-Hasanah.
Perlu disebutkan pembahagian surau-surau di atas adalah merupakan cadangan sahaja, penentuan sebenar akan dilakukan oleh PAID, khususnya apabila Masjid Al-Umm dirasmikan penggunaannya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment