March 16, 2018

MENCARI PEREKA BENTUK KUBAH BERWIBAWA



BBB,  27 Jamadil-Akhir 1439H. = 15 Mac 2018M. (Khamis):
Dalam hal mempastikan terbinanya kubah yang baik bagi Masjid Al-Umm, maka Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm agak teliti dan mengambil masa yang agak panjang untuk mendapat keputusan yang memuaskan, sebab itu walaupun pembinaan sudah berlangsung selama setengah tahun – sehingga  30 Jun 2014 masih belum mendapat kepastian.
Sebenarnya untuk mencari pereka dan pembina yang berkelayakan ini, iklan dan pencarian  telah dibuat sejak awal tahun 2014 lagi dan beberapa syarikat kecil dan besar telah datang menunjukkan model dan kemampuan mereka untuk membina kubah bagi Masjid Al-Umm.
Syarikat  yang paling awal menawarkan kepakaran mereka ialah:
Tri Arch Sdn. Bhd. Syarikat ini telah datang pada 11.9. 2013. Mereka menunjukkan berbagai design bangunan yang kubah adalah sebahagian dari rekabentuk yang mereka dapat bina. Namun kami merasakan mereka bukan pakar yang memberi tumpuan pada membina kubah, bahkan kubah dilihat terasing dan tidak berjiwa Islamic, menyebabkan kami menangguhkan komitmen kami dengan mereka.
Turut datang menawarkan kepakaran membina kubah bagi Masjid Al-Umm ialah Syarikat yang menamakan ``Kubah Anum`  dari Setapak, sebuah syarikat bumiputra dari Setapak. Mereka datang pada 14.5. 2014 untuk menunjukkan kepakaran mereka. Syarikat ini agak kecil dan berpengalaman membina kubah bagi surau-surau dan kurang meyakinkan untuk membina kubah yang agak besar. Tiada komitment pihak Masjid Al-Umm dengan syarikat berkenaan.
Pada 14.5.2014 ini juga pihak jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm menjemput Syarikat  Aktif  Aluminium Sdn. Bhd. dari Cheras.  Syarikat ini bukan pakar membina Kubah secara khusus, sebaliknya ianya adalah sampingan  dan tiada contoh ketara yang menarik minat
Syarikat lain yang dijemput pada 14.5.2014 ialah TA Decke Sdn. Bhd. Subang sebuah syarikat pembinaan moden  dan pembinaan bersifat kepelbagaian, namun tidak terasa dari segi roh Islamic. Dapat dikatakan semua syarikat berkenaan yang menampilkan contoh-contoh kubah, masih tidak memberi keyakinan kepada  kami untuk memilih yang pada pendapat kami terbaik, walaupun kos jauh lebih tinggi  dari reka bentuk yang hanya bersifat biasa.
Oleh kerana  pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Um m masih belum  lagi berpuashati dengan contoh-contoh  kubah dari berbagai syarikat sebagaimana telah disebutkan, pihak Jawatankuasa belum dapat menemui syarikat-syarikat bekemamuan membina Kubah bagi Masjid Al-Umm. Oleh kerana itu pesoalan membina kubah ini ditawaqquf terlebih dahulu untuk beberapa bulan lamanya. Tumpuann lebih diberi kepada pembinaan fizikal bagi  pembangunan masjid  didalam bidang-bidang yang lain.
Pada akhir bulan Ogos 1014 (28.8.2014) pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan menerima permohonan dari Syarikat Majleza Aluminium Sdn. Bhd.  Syarikat Bumiputra yang berpangkalan di Johor dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Majleza specialise di dalam mumbuat dan memasang bahan-bahan dari aluminium dan kaca. Telah merekabentuk dan memasang kubah-kubah masjid di dalam negara dan luar negara. Antara kerja yang telah dilakukan membina dan memasang kubah di Masjid Yong Peng, Johor, Masjid Desa Petaling, Masjid Puchong, Air Kroh Melaka dan beberapa yang lain. Majleza mempunyai makmal dan peralatan bagi membuat dan membina kubah-kubah masjid.
Pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm berpuashati dengan kemampuan dan kepakaran Majleza di dalam merekabentuk, mengeluar dan memasang kubah bagi Masjid Al-Umm, lantaran  itu akhirnya  pada 2 hb. September 2014  pihak Majleza dipanggil untuk diinterview dan seminggu berikut iaitu pada 9 September 2014 dibuat keputusan menerima Majleza untuk mereka bentuk kubah bagi Masjid Al-Umm.
Antara kriteria yang diminta dari Majleza mereka bentuk, ialah berbentuk bulat bujur sebagai separuh bulat telur, kalau boleh jangan meniru dari bentuk-bentuk kubah yang sedia ada. Ianya unik bagi Masjid Al-Umm. Pihak Majleza antaranya menyebut bahawa pada kubah akan ada lampu-lampu menghiasi kubah dan kelihatan lebih ceria, terutama pada waktu malam.
Kubah perlu disiapkan pada awal tahun 2015. Kos bagi pembinaan dan pemasangan kubah dijangka mencecah harga lebih dari RM2 juta.
Sekian.

No comments:

Post a Comment