November 10, 2012

Menziarah Keluarga Rumah Terbakar Di Sungai Ramal Luar

Sungai Ramal Luar, 25 Zulkaedah 1433 = 10 November 2012 (Sabtu):

Jam 10:15 pagi ini Adun Bangi ke Sungai Ramal Luar bagi menziarah keluarga mangsa kebakaran di Jalan Setia di sini. Kebakaran berlaku kira-kira jam 7.45 malam tadi yang dijangka disebabkan oleh litar pintas. Pada masa itu Puan Nurhafizah bersama 3 anaknya berada di rumah. Menurut Puan Hafizah,


"Asap hitam keluar dari bilik tamu, beliau bersegera menyelamatkan anak sulung yang berada di bilik dua, semasa beliau bersama anak-anaknya di bilik utama.``. Menurut Puan Hafizah, ``Bomba datang kira-kira jam 8.15 malam dan berjaya memadamkan api di ruang tamu dan kedua bilik rumah teres sewaannya.`` Suami Puan Hafizah yang bekerja di Novotel Hotel, Bukit Bintang segera pulang selepas dimaklumkan kebakaran."

Beliau dengan pertolongan jiran menghantar anak lelaki sulungnya Mohamad Danish Haikal (4 tahun) yang sesak nafas dihantar ke Hospital Serdang.


Turut bersama Adun melawat ke rumah terbakar berkenaan ialah Tuan Haji Mohd Yusof Abdul Kadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Sungai Ramal Luar dan saudara Fuad, Setiausaha Masjid. Menurut Ketua Kampong, ``Masalah wiring yang sudah agak lama menyebabkan berlaku kebakaran. Pada petang semalam juga berlaku petir dan hujan lebat.``

Menurut Tuan Nazir Tuan Nik Pa Nik Leh, ``Pihak Masjid turut memberi sumbangan permulaan.``. Setakat ini keluarga bertiga beranak ini menumpang semenrtara di rumah keluarganya di Putrajaya.`


Menurut Puan Hafizah, ``Beliau berhasrat untuk mencari rumah sewa berdekatan, oleh kerana beliau bekerja di Sekolah Leftenan Adnan.`` Menurut Ketua Kampong, ``Saya menghubungi pemilik rumah agar segera membaiki kerosakan, agar penyewa tidak perlu mencari rumah lain.``

Menurut Ketua kampong, ``Untuk sementara, kita menawarkan di bilik di belakang Perpustakaan Baitul Imtiyaz, jika diperlukan bilik tumpangan sementara.`


Sebelum meminta diri untuk ke beberapa program yang lain, Adun menyampaikan bantuan sementara untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Encik Mohd Azmi dan Puan Nurhafizah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment