July 29, 2012

Rumah Terbengkalai Taman Teratai, Sungai Ramal Dalam Perlukan Kelulusan

Sungai Ramal Dalam, 08 Ramadhan 1433 = 28 Julai 2012 (Sabtu):

Dilihat dari segi fizikal luaran 80 buah unit perumahan teres dua tingkat yang bertempat di Taman Teratai, Sungai Ramal Dalam ini (berhadapan dengan Surau Al-Umm) adalah sudah siap dan boleh dihuni kini. Tetapi dari segi reality perumahan lima baris yang tanahnya mempunyai ramai pemilik dan mula dibangunkan oleh Syarikat ZM (Zariman) Development Sdn. Bhd. masih belum dapat dihuni. Dua baris pertama perumahan yang dibina pada 2003 berharga satu unit RM178,888/= semasa dilancarkan. Semasa perumahan fasa pertama ini masih tidak dapat dihuni dilancarkan fasa kedua pada tahun 2009 dengan harga semakin meningkat, iaitu melonjak kepada harga RM228,000 satu unit berkedudukan baris tiga hingga lima di bahagian belakang dengan saiznya lebih kecil dari fasa pertama. Pengurusan bagi menyiapkan bangunan kini difahamkan telah diserah kepada Mr. Ong. Usaha untuk melayakkan rumah diduduki dilakukan oleh pembeli-pembeli terhadap Pemaju, tetapi masih tidak dapat diselesaikan.

Beberapa hari yang lepas, seorang daripada pembeli (14 buah dimiliki tuan tanah) datang ke Pejabat Adun dan membuat aduan berhubung dengan rumah yang dibeli dan pembeli-pembeli lain terbengkalai. Pengadu berkenaan ialah saudara Hanafi. Sebagai respond terhadap aduan yang mana perumahan ini berada di dalam Dun Bangi, maka Adun membuat janji untuk datang melihat perumahan terbengkalai tersebut dan meminta saudara Hanafi menjemput pembeli-pembeli yang lain datang sama.

Tepat jam 10.00 pagi sebagaimana dijanjikan Adun bersama saudara Azizi sudah beradadi hadapan Surau Al-Umm yang juga berhadapan dengan Perumahan Terbengkalai berkenaan. Pada masa mula sampai belum ada yang sampai, tetapi sejurus selepas itu pembeli-pembeli perumahan mulai sampai. Sementara seramai mungkin pembeli-pembeli sampai Adun bertanya mereka yang sampai, terutama saudara Hanafi tentang latar belakang perumahan yang dibeli, tentang pemilik tanah, pemaju dan kontrektor dan sebagainya. Suku jam menunggu sejumlah lapan dari pembeli-pembeli hadir. Setelah mengambil nama dan no. telefon setiap orang daripada mereka untuk perhubungan akan datang, termasuk no. Syarikat, kami bergerak ke kawasan perumahan. Kami dapati jalan dan bangunan serta talian letrik sudah dipasang dan dimasukkan ke bangunan. Kami cuba masuik ke dalam bangunan, tidak dapat kerana terkunci, tetapi kebetulan sebuah rumah bahagian tepi barisan hadapan dapat dimasuki. Rumah ini diduduki oleh penjaga Indonesia. Keadaan dalaman rumah – bawah dan atas adalah baik dan cantik dan sudah sesuai untuk dihuni.

Kami bergerak ke barisan perumahan dan menemui Penjaga bangunan Pak Juhdi yang membersih kawasan. Katanya 4 orang bekerja mengawal seumpamanya. Kami bergerak berkeliling hingga kembali ke bahagian hadapan perumahan.

Dalam perbincangan akhir, Adun dapati aduan selama ini terhad kepada pemaju dan tidak pernah aduan kepada peringkat negeri, khususnya kepada Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

Adalah difahamkan ada tiga masalah utama yang menghalang Perumahan Taman Teratai ini mendapat kelulusan, iaitu:

1) Loji Indah Water – Loji ini dibina di kawasan utama di hadapan kawasan perumahan, berhadapan dengan Surau Al-Umm dan bersebelahan dengan taman permainan anak-anak. Kedudukannya di bahagian hadapan kurang menyenangkan dan merosakkan pandangan.

2) Masih tidak mendapat kelulusan dari pihak Syabas bagi kemasukan air ke perumahan

3) Masih belum mendapat kelulusan dari MPKj. Contoh Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan mungkin perkara-perkara lain lagi.

Mengakhiri pertemuan Adun meminta pembeli bertindak secara kolektif dan bukan berseorangan dengan demikian memudahkan urusan. Adalah dipersetujui dalam pertemuan ini tiga orang pembeli mewakili mereka dalam berurusan, iaitu saudara:

1) Saudara Abdul Jalil - Tel 0193980602

2) Saudara Mazlan - Tel 0122497472

3) Saudara Hanafi - Tel 0123623954

Adun meminta Jawatankuasa Bertindak berkenaan membuat surat Aduan bagi Penyempurnaan & Kelayakan Menduduki Perumahan berkenaan kepada pihak Exco dengan salinan kepada Adun, Pemaju dan juga kepada MPKj. Sementara masalah Perumahan Teratai yang terbengkalai ini akan Adun bawa kepada pihak berkenaan bila berkesempatan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment