April 19, 2012

Yang Cemerlang Diberi Galakan, Warga Emas-Ibu Tunggal Diraikan

Teras Jernang, 22 Jamadil Awal 1433 = 14 Apri 2012 (Sabtu):

Sebagaimana menjadi tradisi bagi Adun Bangib setiap tahun memberi insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang pada peringkat SPM, demikianlah juga bagi Ketua Kampong yang juga Ketua JKK bagi Kampong Teras Jernang mengadakan Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang, kali ini bagi peringkat SPM. Cuma pada peringkat Dun kategori yang melayakkan menerima hadiah ialah semuanya 9A, tanpa ada satu daripadanya kurang dari A. Bagi setengah tempat barangkali sukar untuk mendapat semua calon dapat A kesemuanya. Sebab itu ada pihak Ketua Kampong mengadakan Majlis keraian khusus bagi meraikan pelajar cemerlan yang setengahnya memang ada yang mendapat A semua, tapi ada yang tidak sepenuhnya, tetapi di dalam konteks di sebuah kampong, ianya dikira sebagai pencapaian tertinggi dan wajar diberi insentif dan pengiktirafan, manakala yang sampai peringkat penilaian peringkat Dun, maka pelajar berkenaan akan menerima pula hadiah dan pengiktirafan pada peringkat Dun.

Hari Kecemerlangan Tahunan di Teras Jernang biasanya disertai bersama sumbangan kepada Fakir-Miskin dan Ibu Tunggal sebagai menghormati dan mengenang jasa mereka.

Demikianlah pada kali ini Ketua Kampong Teras Jernang dan AJK mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajaran dan Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas dan Ibu Tunggal. Sambutan yang seumpama ini biasanya mendapat sponsore dari pihak korporat atau badan-badan tertentu. Paling tidak pihak JKK menggunakan kewangan dari sewa tanah dan papan-papan iklan.

Demikianlah pada pagi ini Majlis Insentif Kepada Kecemerlangan Pelajar dan Menghargai Warga Emas dan ibu tunggal diadakan di Balairaya di Kampong Teras Jernang sendiri. Hadir bersama di dalam Majlis ialah Encik Misani bin Madon Penghulu yang merupakan Ketua Penghulu Mukim Kajang, Encik Shukor Jantan Ketua Kampong yang juga Pengerusi JKK Teras Jernang, Tuan Haji Mohd. Zain bin Abdul Hamid Imam Masjid As-Salihin, Teras Jernang, pelajar-pelajar cemerlang, warga emas dan ibu tunggal yang diraikan.

Berucap sebagai alu-aluan Ketua Kg. Encik Shukor Jantan mengucap terima kasih di atas kehadiran terutama Adun dan Ketua Penghulu Encik Misani bin Madon. Menurutnya terdapat 4 calon cemerlang dari 12 orang yang ambil SPM di Teras Jernang bagi tahun 2011, manakala warga emas di Teras Jernang ialah seramai 43 orang dan 20 ibu tunggal yang kebanyakan mereka kematian suami di samping ditinggal suami. Sebahagian daripada mereka saja (miskin dan susah) yang dipilih untuk diraikan.. Antara warga emas adalah generasi ketiga bagi peneroka Kampong Teras Jernang yang mula dibuka pada tahun 1886. Menceritakan mengapa kampong dinamakan Teras Jernang, menurut Ketua Kampong, kerana pada permulaan kampong dibuka ada antara penduduk suka memancing di atas batang pokok melintangi sungai. Dikatakan beberapa orang yang datang memancing sering lekat mata pancing pada kayu di dalam sungai. Bila diselami didapati mata kail terlekat pada sebatang kayu. Bila diangkat kayu tersebut, ia merupakan teras kayu yang tenggelam. Maka mulai daripada itu tempat tersebut dikenali dengan ` Teras Jernang` bererti Teras yang Terenang dalam sungai.

Adun Bangi dalam ucapannya berterima kasih di atas jemputan dan syabas kerana dapat mengendalikan lagi Hari Kemerlangan atas inisiatif Ketua Kampong dan JKK. Adun juga mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjumlah 4 orang itu.. Adun memuji sifat prihatin Ketua Kampong dan JKK yang berjaya mendapat peruntukan dan insentif yang akan disampaikan. Adun menyebut banyak pembangunan dan perumahan di Teras Jernang, namun berharap penduduk setempat mempertahankan nilai dan budaya tradisi yang murni misalnya baik dengan jiran, bersifat tolong menolong dan bergotong royong serta sama memakmurkan masjid. Adun berharap penduduk berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Berhubung dengan cadangan pihak JKK untuk membina laman futsal, Adun menyebut pihak Adun bersedia membantu umpamanya mebiayai sebahagian dari peruntukan.

Berikutnya Adu menyampaiak Hadiah Cemerlang kepada:

1. Amerah Izzah bt. Nordin 11A
2. Ahmad Sa Edan bin Idris 11A
3. Mohd Haps bin Mohd Pauzi 08 A
4. Mohd Haps Ersyaduddin b. Tajul Urus 08 A

Di samping menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang, Adun juga membahagi-bahagikan beg Sekolah kepada pelajar-pelajar yang datang ke majlis.

Tuan Ketua Penghulu En. Misani sama menyampaikan bantuan kepada warga emas dan Ibu Tunggal.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan bergambar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment