April 30, 2012

Selepas Bersih 0.3

 
Sesudah Bersih 0.3
Najib yang telah berkira-kira
Hendak isytihar pilihanraya
Tentu kembali mengira-ngira
Untuk isytihar atau tak isytihar
Implikasi Bersih 0.3 ketara
Dan peristiwa berkaitan
Melonjakkan sokongan
Isyarat membahayakan
Mengisytiharkan pembubaran
Mengundang kematian!

Perhatikan
Jika nekad isytihar dibuat
Bererti BN sempurna lengkap
Agenda memanipulasi penipuan.

Sebenarnya,
Jika berpegang kepada kebenaran
Serahkan kepada rakyat buat pilihan
Tidak perlu rancangan dikata Nizar
Kerana kebijaksanaan pada Tuhan
Menentukan kebenaran
Memberi hak kemenangan.

Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,
08 Jamadil Akhir 1433
30 April 2012.

No comments:

Post a Comment