April 3, 2012

Jelajah Futsal Selangor Mencari Bakat: Pertandingan Peringkat Hulu Langat Di Galaxy Futsal, Bangi: Adun Sampaikan Hadiah

Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB, 09 Jamadil Awal 1433 = 01 April 2012 (Ahad):

Dengan tujuan untuk mencungkil bakat di dalam bidang futsal, maka sejak tiga tahun lepas diadakan 'Jelajah Futsal Selangor'. Hasilnya ada diantara yang berbakat diserapkan ke SUKMA. Pada tahun ini Jelajah Futsal Selangor diteruskan dan mulai 31 Mac semalam dan hari ini (1 April) diadakan pertandingan serentak yang urusannya di bawah PBT di 12 PBT negeri Selangor. Pertandingan peringkat Hulu Langat di sini diuruskan oleh MPKj. Menurut saudara Salihudin bin Mohd Kidin Selaku Pengerusi Kejohanan Futsal, peringkat PBT Hulu Langat, "Pertandingan Kejohanan Futsal` adalah anjuran Negeri Selangor di bawah Exco Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu dan Warisan dan dikelolakan oleh PBT-PBT Selangor (12 PBT)."

Pertandingan pada peringkat PBT Hulu Langat dikendalikan oleh MPKj. Menurut saudara Salihudin lagi, "Sebanyak 48 pasukan berdaftar untuk bertanding, tetapi yang hadir ialah sebanyak 38 pasukan sahaja. Pertandingan berlangsung sejak pagi tadi. Johan dan Naib Johan terpilih ke peringkat Grand Final Peringkat Negeri yang akan diadakan di Sport Planate Ampang yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mei 2012. Selain dari Johan dan Naib Johan, 6 lagi hadiah turut diberi kepada pasukan-pasukan yang menang (8 hadiah). Hadiah Pertama RM1,000 beserta piala, kedua RM500 beserta piala, manakala ketiga dan keempat RM250. Hadiah-hadiah yang lain bersifat barangan.

Menurut Encik Mohd Shahril Penyelaras Pertandingan Futsal Peringkat MPKj. Umur peserta yang dikira sebagai remaja ialah antara 16 – 35 tahun. Setiap pasukan bermain 5 orang dengan seorang reserve. Dua gelanggang digunakan bagi pertandingan secara serentak. Berbagai nama pasukan diberi untuk membezakannya dari yang lain dan mungkin untuk mempopularkan antaranya ialah:

NHRT, Mid Star, Ferror FC, Bangi B, T 10, BH 7, Kunta Kinte, Fox Soccer, Court Soccer A dan berbagai nama lagi.

Menurut sdr. Mohd Raimi bin Ruslan juga sebagai penyelaras. `Pada pagi tadi memang ramai dengan peserta, tetapi selepas bertanding, maka yang kalah pulang dan peserta semakin berkurang. Adun Bangi dijemput hadir jam 3.00 petang ketiga pertandingan pada peringkat suku akhir. Turut hadir En. Zulkifli Khalid Timbalan YDP MPKj selaku Tuan Rumah.

Pasukan yang berjaya ke suku akhir (Semua mendapat hadiah):

Gelanggang 2 - Pertandingan antara Bangi B lawan T 10

Gelanggang 1 - Pertandingan antara BS 7 lawan Ferror FC

Gelanggang 1 - NHR Zon FT lawan Mid Star

Gelanggang 2 - Konta Kinte lawan Box Soccer

Separuh Akhir

Fox Soccer lawan NHR Zon FT

Bangi B lawan Ferror FC

Peringkat Akhir:

Ferror FC lawan Court Soccer A

Keputusan Ferror FC Johan dan Court Soccer Naib Johan

Oleh kerana hadiah bagi no. 3 & 4 bersamaan iaitu RM250/=. Maka mereka bersetuju tidak mahu bertanding bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

Tiap individu sebenarnya boleh berpakat untuk masuk bertanding secara kumpulan, tetapi bagi pertandingan pada peringkat yang besar seperti hari ini, biasanya datang dari pasukan yang sudah establish dan mempunyai Pengurus atau managernya sendiri. Misalnya Adun Bangi yang berharap Pasukan Bangi dapat menang sama ada Johan atau naib Johan, tetapi hanya menang pada peringkat ketiga/keempat mendapati Pasukan Bangi B ini mempunyai Pengurusnya sendiri iaitu, Encik Ibrahim Chia bin Abdullah (48), Assistant Manager Internal Division Public Bank Head Office, ketika ditanya, ``Bagaimana En. Ibrahim terlibat menjadi Pengurus/Manager bagi Pasukan Bangi B ?`` ``Kerana minat`` jawabnya. Tambahnya ``Kalau mau kira dari segi pendapatan tidak berpadan. Contoh hari ini dapat hadiah sebanyak RM250. Mau bagi kepada 6 orang. Tak sampai RM50/=. Mau ajak mereka makan dan sebagainya tak cukup.`` Beliau terlibat kerana minat. Bila ditanya En. Ibrahim yang tinggal di Kajang dan berasal dari Melaka soal peribadi, ``Bila masuk Islam ?`` Beliau menjawab, ``Sejak umur 15 tahun.`` Pada hari ini beliau dirtemani isterinya bersama, Puan Azimah binti Abdul Aziz.

Selepas pertandingan sesi bergambar diadakan berkali-kali bagi johan dan Naib Johan dan bergambar beramai-ramai sebelum dan selepas pertandingan. Adun bersama En Zulkifli kemudian menyampaikan hadiah-hadiah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment