April 18, 2012

Hujan Lebat Ganggu Keputusan Pertandingan Bola Sepak Junior

Padang Sukan UKM, 23 Jamadil Awal 1433 = 15 April 2012 (Ahad):


Kejohanan Bola Sepak Junior mendapat sambutan menggalakkan. Pertandingan anjuran Pejabat DUN Bangi bersama Persatuan Penduduk Taman Bangi Tiga, Bandar Baru Bangi.

Bawah 10 tahun jumlah penyertaan pasukan ialah 10 pasukan

Bawah 12 tahun jumlah penyertaan pasukan ialah 13 pasukan

Pertandingan berlangsung di Padang Sukan UKM. Adun Bangi dijemput untuk penutupan dan penyampaian hadiah. Pada mulanya Adun dijemput untuk hadir ke acara penyampaian hadiah pada jam 12.30 tengahari, tetapi ternyata pertandingan secara lega ini tidak dapat diselesaikan pada waktu tengahari dan terpaksa ditundakan ke jam 5.00 petang.

Apabila Adun datang pada jam 5.00 didapati pasukan junior bawah 10 tahun telah selesai dengan keputusan. Tetapi bagi junior 12 tahun ke bawah belum selesai. Adun dijangka dapat menonton pertandingan akhir bagi merebut Johan dan Naib Johan.kategori senior bawah 13 tahun, tetapi hujan turun dengan lebatnya sehingga pertandingan tidak dapat diteruskan. Cadangan untuk menyambung pertandingan keesokan hari tidak dapat diterima, kerana esoh hari Sekolah, maka keputusan terpaksa diambil, maka ada yang mencadangkan supya keputusan bagi johan dan naib johan diambil secara melambung syiling, tetapi Adun tidak setuju, kerana ia merupakan keputusan yang tidak adil. Adun cadangkan supaya diputuskan secara tending gol tiga kali bagi setiap pasukan, namun hujan lebat dengan petir berdentuman. Keadaan amat berbahaya jika dilakukan tendangan gol. Lantas Adun mencadangkan supaya kedua-dua pasukan menyandang johan bersama dengan membahagikan wang johan RM200 dan naib johan RM150 secara sama banyak. Untuk membahagikan kepada dua iaitu RM175 bagi satu pasukan agak sukar mendapat wang kecil, Adun menambahkan wang RM50 menjadikan hadiah bagi setiap satu bagi kedua-dua pasukan ialah RM200/=. Keputusan nampaknya memberi puashati kepada kedua-dua pihak.

Maka di tengah-tengah hujan lebat, di bawah khemah kecil Adun sampaikan hadiah sebagaimana berikut:

Kejohanan Junior Bawah 10 Tahun:

Johan Pasukan LBJB A
Naib Johan LBJB C
Ketiga LBJB B
Keempat LBJB 4

Kejohanan Junior Bawah 12 Tahun:

Johan Bersama Wira RC A dan Seksyen 7
Tempat Ketiga LBJB B
Tempat Keempat Wira RC B

Sekian.

No comments:

Post a Comment