April 23, 2012

Cynical Dari Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor, Ucapan Dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah Dan Borang Tawaran 5A Di Hulu Langat

Hulu Langat, 30 Jamadil Awal 1433 = 22 April 2012 (Ahad):

Ungkapan YAB:

  • Dalam perjalanan ke sini saya melihat banyak bendera BN bersama dengan bendera Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka mengalu-ngalukan kedatangan kita, juga bermakna mereka menyokong apa yang kita lakukan selama ini di negeri Selangor!
  • 30 tahun rakyat tidak pasti tanah yang mereka diami, selama ini BN gunakannya sebagai umpan pilihanraya. Tapi hari ini tanpa mengira faham politik dan kaum kita kurnikan 29 geran pemilikan tanah kepada penduduk Kg. Bahagia, Bangi dan 55 borang 5A tawaran pemilikan tanah kepada penduduk Sungai Makau.
  • Kita tidak perlu memohon ihsan dari Kerajaan Persekutuan. Kita mampu keluarkan RM600 juta bagi Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Masa BN di Selangor ada reserve hanya RM400 juta, tapi kini kita ada RM1.9 bilion, kita tidak rasuah dan tidak berlaku ketirisan!
  • Berlaku penambahan penundi di Selangor secara besar-besaran. Ada tempat yang 2008 pengundi hanya 5,000 - bukan di Bandar, kini pengundi 20,000. Keadaan ini berlaku di tempat lain. Ada rumah hanya 5 tingkat, tapi alamat pengundi ditingkat 8, kita akan siasat kebenaran penambahan luar biasa, termasuk pemindahan pengundi bukan dari permohonan pengundi, termasuk nama saya dipindah dari PJ ke Lembah Pantai. Kita. mau pastikan kebenaran.
  • Hari ini padang ini begitu bersih dan indah, tukang membersih masih membersih ketika majlis ini berjalan. Kepada YDP MPKj pastikan, jangan hanya bersih ketika mengadakan majlis, tetapi tidak sebenarnya bila di belakang!
Ungkapan-ungkapan di atas disampaikan oleh Y.A.B. Tan SriDato` Seri ketika menyampaikan ucapan sempena menyampaikan geran tanah kepada29 pemilik dari Kg. Bahagia, Bangi dan 55 Borang 5A kepada penduduk Sungai Makau. Hulu Langat.

Hadir bersama ialah Y.B. Tuan Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Y.B.Tuan Ean Yong Hian Wah Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Y.B.Khasim bin Abdul Aziz Adun Lembah Jaya, Tuan Haris Kasim Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato` Hassan Nawawi YDP,MPKj, Mohd Jan bin Sulung Penyelaras Dun Dusun Tua, Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua kampung, Ahli-Ahli JKKK, penerima-penerima Tawaran Tanah dan pegawai dan kakitangan kerajaan.

Sebelumnya Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat berterima kasih diatas pengurniaan Geran dan Borang 5A. Beliau berharap pemberian sedemikian akandisusuli kepada pemohon-pemohon dari Kg. Batu 3 Semenyih, Jalan Reko, Teras Jernang, Padang Lubuk Kelubi, Tekali, Batu 10 Cheras, manakala Ahli JKKK Kampung Macau En. Chong Cheong Fatt yang berucap sebelum Y.B. Dr. Che Rusli CheMat mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PejabatTanah menawarkan 55 borang 5A yang membolehkan penduduk memiliki tanah sendirisetelah menunggunya lebih 30 tahun. Beliau melahirkan aduan, bahawa sejak 5tahun yang lalu air pili di Kampung Sungai Makau mengalami tekanan rendah. Rayuan telah dibuat kepada pihak Syabas dan tapak disediakan. Beliau berharap Syabas mengambil tindakan mengatasi tekanan air rendah bagi penduduk Sungai Makau dengan kadar segera.

Selepas perasmian dilakukan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, maka Y.A.B. menyampaikan geran kepada yang berkelayakan dan Borang 5A kepada mereka yang menerima tawaran.

Sekian.

No comments:

Post a Comment