March 1, 2012

Sub Station TNB Di Bandar Baru Bangi Terbakar, Black-Out Sebahagian Dari Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi, 9.00 Malam, 08 Rabiul Akhir 1433 = 01 Mac 2012 (Khamis):

Satu kebaran yang agak besar berlaku di Sub Station TNB berhampiran Kilang Nippo- Denso tidak jauh dari Sekolah Kafa Integrasi dan juga Balai Polis Bandar Baru Bangi. Demikian maklumat disampaikan oleh saudara Azizi yang pulang dari mengambil gambar kebakaran berkenaan dan melaporkan kepada Adun di Pejabat Adun.. Kelihatan api masih marak ketika gambar diambil. Sebahagian dari kawasan di Bandar Baru Bangi mengalami black-Out akibat dari kebakaran tersebut. Antara kawasan yang terjejas ialah Balai Polis Bandar Baru Bangi, perumahan di Seksyen 9 termasuk kedai dan masjid tidak berapi.

Ketika Adun pulang selepas Isyak dari Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar jam 9.30 malam ini jalan tidak berapi. Berlaku gangguan tarafik antara jalan ke PKNS dan jalan Ke Masjid Hasanah kerana tiada trafik light dan tiada api, demikian tiada api trafik light di hadapan Masjid al-Hasanah. Tetapi ada api trafik light dekat Pejabat Daerah.

Pihak TNB sedang bertungkus lumus membaiki kerosakan. Orang ramai diharap bersabar sebelum api dapat dipulihkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment