January 3, 2012

Turun Ke Pasar-Pasar Edar Kalendar

BBB, 06 -07 Safar = 31 Dis. 2011 & 1 Januari (Sabtu & Ahad):

Sebagai satu khidmat dan kemudahan bagi masyarakat, setiap tahun Adun Bangi mengeluarkan Kalendar. Pada tahun ini Adun amanahkan kepada Tuan Haji Sukaimi Rasmi Setiausaha Pas Serdang membuat design. Pada Kalendar berkenaan selain tertera wajah MB & Adun, alamat Pusat Khidmat Masyarakat N.26 DUN Bangi disediakan info-info penting boleh digunakan, khususnya semasa kecemasan seperti no. telefon kecemasan, Bomba (Umum, Bangi, Kajang) Pertahanan Awam, TNB, Syabas, MPKj, JKR (Aduan), SPRM (Putrajaya), Balai Polis Bangi, Pekan Bangi, Kajang, Bukit Aman, Biro Bantuan Guaman, Hospital Kajang, Serdang, Putrajaya & Pusat Kesihatan Bangi, Jabatan Pendaftaran Kajang & Putrajaya, Pejabat Agama Daerah, Immigration Kajang, Darus Syifa`, Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, UIA, UKM, UPM, UNITEN, UM, KUIS dan Teksi Kajang.

Pada setiap halaman bagi setiap bulan disediakan panduan waktu solat dan imsak dan tarikh-tarikh hari kelepasan selain dari hari Sabtu dan Ahad. Hari-Hari cuti Umum juga disenraikan pada latar kalindar utama dan maklumat-maklumat mengenai pencapaian ekonomi negeri Selangor. Menghiasi laman kalendar ialah 10 buah gambar berbagai kegiatan di Dun Bangi yang mementingkan kebajikan rakyat.

Dua minggu Sebelum tiba tahun baru 2012, kalendar sudah disiapkan sejumlah 3,000 naskhah, ianya sempat diedar di Jom Shopping bersama Sepang di Pasaraya Econsave (22 Disember - Khamis) serta mulai dibahagi-bahaikan kepada pengunjung yang datang ke pejabat Adun, bahkan diletak atas meja untuk sesiapa yang ingin memilikinya.

Penyebaran kalendar dilakukan dengan cara yang lebih progresif apabila Pusat Khidmat Masyarakat Adun menyusun program untuk Adun dan yang lain-lain turun ke pasar Malam petang Sabtu dan Pasar yang lain keesokannya. Kami turun pada petang ke Pasar Malam hari Sabtu ini, bukan saja membawa 500 nakhah Kalendar 2012, tetapi juga dengan jumlah yang sama kami bawa akhbar Selangor Kini Terakhir dan juga Buletin Dun Bangi. Seramai lebih kurang 10 tenaga pembantu tiba Di Seksyen 16 dan berhimpun di sebelah dalam dari stesyen Minyak Shell. Oleh kerana di Pasar Sabtu begitu ramai dengan pengujung, kami tidak perlu membuat lawatan dan penyerahan dari tempat ke tempat, dari gerai ke gerai, sebaliknya kami berkumpul di Jalan Shell bahagian dalam membuka dua meja yang diletak di atasnya barang-barang yang mau diedarkan. Adun dan pengagih-pengagih berada di tepi ruang orang ramai masuk dan mengedarkan kalender, Selangor Kini dan Bulletin Bangi secara serentak. Pada peringkat permulaan jam 6.30 pengedaran agak lembab, kerana orang ramai tidak menyedari kehadiran kami, tetapi selepas diketahui pengedaran Kalendar, Selangor Kini dan Buletin Bangi secara percuma, maka makin ramai yang datang membeli belah menerima bahan-bahan dari kami. Setengah dari mereka datang sendiri meminta terutamanya kalendar. Kami menghadkan edaran sejumlah 500 naskhah, maka dalam masa 45 minit bahan-bahan dibawa habis diedarkan.

Sementara itu pada pagi minggu (Ahad) keesokannya, kami bercadang untuk mengedarkan Kalendar dan bahan-bahan lain di Pasar Basah berdekatan dengan Pejabat Adun, tetapi memikirkan pada pagi kelmarin pihak Persatuan Penduduk dengan kerjasama Surau An-Nur sempena ceramah terbuka di pasar, maka telah diedarkan Kalendar dari Surau An-Nur, maka Adun berpendapat lebih wajar ke tempat lain agar mempelbagaikan penerima. Maka pada pagi minggu, Pasar Tani di buka dikawasan Tanah Lapang di hadapan PKNS, maka kami buat keputusan ke Pasar Tani.

Di Pasar Tani PKNS ini – jam 9.00 pagi kehadiran orang ramai agak sederhana, sebab itu kami mengambil pendekatan bergerak dari gerai ke gerai menemui pengunjung dan pemilik gerai. Sebagaimana di Pasar Sabtu Seksyen 16, maka di sini juga kami mengedarkan Kalendar, akhbar Selangor kini dan Buletin Bangi dengan jumlah terhad sebanyak 300 naskhah dan dapat selesai dalam masa 40 minit.

Sekian.

No comments:

Post a Comment