December 20, 2011

Perlindungan Takaful Bagi Penghulu & Ketua Kampung: Kes Pertama Di Simpang Balak, Balakong

Simpang Balak, Balakong, 20 Muharram = 16 Disember 2011.

Atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor, semua Penghulu & Ketua Kampung di Selangor dilindungi Takaful Malaysia secara berkelompok sejak 2010 yang lepas. Kes pertama kematian Ketua Kampong berlaku ke atas Ketua Kampong, Simpang Balak, Balakong, Hulu Langat, iaitu Tuan Haji Tahir bin Salleh (58) yang telah meninggal pada 17 September 2011 yang lepas.

Hari ini Jumaat (16 Disember), Adun Bangi turun ke rumah al-Marhum Haji Tahir bagi menyampaikan cek Takaful bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor kepada isteri al-Marhum Puan Hamidah. Hadir sama ke Majlis Penyampaian cek seharga RM6,000 itu ialah Puan Faezah Ketua Timbalan Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuk Rusli bin Muhibbat Penghulu Mukim Kajang, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir, Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tok Hanif, Tok Fahmi dan Puan Rainan. Adun bagi semua pihak mengucapkan takziah kepada Puan Hamidah serta anak-anak (4 orang) dan mengharapkan mereka bersabar. Jasa murni Tok Tahir adalah dikenang, khususnya bagi anak kariah di Simpang Balak.

Sementara itu pada Sabtu 17 Disember 2011 Ibu kepada Tok Lateb bin Manan Ketua Kag. Sungai Ramal Dalam Puan Miyati Sawon (75) meninggal dunia di rumahnya di Sungai Ramal Dalam. Adun melawat ke rumahnya, bersembahyang jenazah di Masjaid al-Falah dan turut mengiringi jenazah dan sama bertahlil di kubur. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh al-Marhumah – Al-Fatihah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment