November 12, 2011

Selangorku

Ia adalah Jantunghati
Di persada Malaysia dicintai
Dikurnia berbagai istimewa
Di dadanya Pusat Pemerintahan Negara
Melaluinya gerbang kemasukan
Darat, udara dan lautan
Ke berbagai destinasi perjalanan
Dengan rakyat dinamik berkemajuan.

Lihatlah wajah buminya
Berhias bangunan bermunculan
Dari yang antik bersejarah ke luhur Parlimen
Dari Dewan Negeri ke Bangunan Pentadbiran
Dari Masjid Negeri ke tiga serangkai tadbiran Islam
Dan di kejauhan bangunan industri dan perusahaan
Kenderaan bergerak di simpang-siur jalan-jalan
Petani, buruh, pekerja awam, khidmat sokongan
Dinamiknya pembangunan.

Selangorku
Luhur membangun insan
Dari Bangi ke Shah Alam & sekitaran
Berpuluh universiti, kolej dan latihan
Menawarkan pendidikan berkualiti
Menampilkan insan berketrampilan
Penggerak peneroka masa depan
Di bawah pimpinan bijaksana
Negeri berkemajuan
Meningkat pelaburan
Menjana pekerjaan
Berprestasi ekonomi
Pendapatan tertinggi
Sama menikmati
Kalangan atasan, rakyat awam
Warga emas golongan muda
Pelapis masa depan.

Selangorku
Kita Wakil-Wakil Rakyat pemilihan
Di Dewan Negeri yang mulia ini
Menjunjung amanah dan harapan
Baik pemerintah atau pembangkang
Bertikam lidah mematah hujah
Dituntut menjana idea terbaik
Kreatif , inovatif menggaris panduan
Selangorku semakin maju terkedepan.


Shafie Abu Bakar,
Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.
15.12.1432
11.11.2011.

No comments:

Post a Comment