August 19, 2011

Nuzulul Quran

Kalam Suci diturunkan malam ini
Seluruh alam sujud hening
Di atas hamparan sayap malaikat
Menerima berkat dan rahmat.

Nuzulul Qur`an penurunan maklumat
Melalui Junjungan Nabi Muhammad
tentang tauhid dan syirik
Tentang hak dan kebatilan
Tentang kebenaran dan kesalahan
Ia adalah cahaya yang menerangi
Wujud ini.

Al-Qur`an surah-surah firman
Melalui Kekasihnya S.a.w.

Kita membaca penuh mesra
Menghayati keindahan bahasa
Mendalami kedalaman maksa
Mengamali dalam tindakerja
Generasi Qur`ni berjaya.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
17 Ramadhan 1432
17 Ogos 2011.

Catatan Kegiatan Hari Nuzulul Quran:

Petang; Pejabat Adun mengadakan Majlis Iftar, di Pejabat Adun dengan dihadiri 30 ahli parti. Tazkirah di sampaikan oleh Ustaz Bashir Alias tentang mengkualitikan diri yang boleh mencapai ke darjat Taqwa. Pada siangnya muslimat dan Nisa bergotong royong mempersiapkan sambutan.


Malam Adun berada di Surau Sungai Ramal Indah bertarawih dan diminta menyampaikan tazkirah ringkas selepas tarawih. Adun bercakap berhubung dengan Nuzulul Quran.

10.00 pagi 17 Ramadhan bersama Unit Amal dan kerjasama cawangan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi menziarah beberapa rumah pangsa dan menemui warga mas, mereka yang sakit dan uzur menyampaikan bantuan.

11.30 pagi bertolak ke Surau Al-Najah, Kajang Impian menyertai gotong royong memasak `Bubur Lambuk Kajang Impian` dan membekalkan sebahagian keperluan bahan. Satu bekas bubur lambuk yang Adun sendiri turut mengacaunya dihantar ke rumah Adun pada petangnya. Adun menikmatinga sekembali dari tarawaih. Sedap betul bubur lambuk Kajang Impian yang resipinya diadun dengan resipi beriani Pakistan.


4.00 petang ke Surau Ar-Raudhah berdekatan Council Home. Mula-mula bersama Unit Amal mengagihkan bubur lambuk Unit Amal – gotong Royong di surau, kepada penghuni-penghuni beberapa rumah pangsa di sini. Selepas solat Asar mengagihkan bantuan kepada faqir dan miskin di bawah anjuran Unit Amal yang menumpukan amalnya seharian di Seksyen 16. Mereka juga menganjurkan iftar dan makan serta bertarawih di Surau Ar-Raudhah berkenaan.

Iftar di Surau Taman Seri Melor dan memimpin solat Hajat selepas solat Maghrib memohon hidayah dan pertunjuk dari Allah semoga anak-anak dari Seri Melor yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STUM berjaya di dalam peperiksaan yang mereka hadapi kelak.


Memimpin solat Isyak dan Tarawih di Surau Al-Hidayah, Lembah Mewah, Kajang Menyampaikan tazkirah berhubung dengan Nuzulul Quran dan menyampaikan sedikit buah tangan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment