August 21, 2011

Mengagihkan Mesra Dan Kasih Sayang

(Didoakan pahala berganda bagi Haji Kaza & Hj. Hashim)

 













Petang ini
Mereka orang berada
Di Puncak Bangi Golf Resort
Menjemput Adun sama menolong
Membahagi mesra dan kemanusiaan rasa
Sempena Ramadhan di Surau di sini
Kepada saudara baru fakir-miskin
Ibu tunggal dan anak yatim
Yang tinggal di perlembahan
Di gobok buruk dan pondok sewaan.





























Tujuan baik kami hargai
Membawa mereka bersama di sini
Sesungguhnya kemesraan
Cinta dan kasih sayang
Lebih memberi erti
Bila bersama dikongsi
Dan kebahagiaan itu
Kepuasan melihat
Senyuman mereka menerima
Nikmat dan rahmat bersama.
 
















Shafie Abu Bakar,
Bangi Golf Resort,
21 Ramadhan 1432
21 Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment