July 15, 2011

Utamakan Kesihatan Untuk Kesejahteraan: Program Penduduk Seksyen 9 BBB

Seksyen 9, BBB, 8 Sya`ban = 10 Julai (Ahad):


Persatuan Penduduk Seksyen 9 BBB mengadakan Program Kesihatan. Tema yang dipilih oleh Persatuan bagi Program Kesihatan ialah - ``Keluarga Sihat, Hidup Pun Hebat, Jiran Sepakat, Hidup Muafakat.` Tempat yang dipilih ialah di Pekarangan Masjid Al-Hasanah, BBB. Program Kesihatan berlangsung selama 2 hari (9 – 10 Julai) dengan hari pertama (09 Julai) ialah Forum Perdana pada malamnya bertajuk, Sentiasa Sihat – Gaya Hidup Islam`` yang ahli panelnya ialah Ustaz Rosli Ismail dari KUIS dan Dr. Shaiful Azmi Yahaya, Doktor Pakar Perunding Sakit Jantung, Institut Jantaung Negara. Program Kesihatan Seksyen 9 BBB ini mendapat kerjasama Masjid Al-Hasanah, Health IKRAM Hulu Langat dan Lembaga Pramasi Kesihatan Malaysia.


Bagi menyempurnakan program, pada hari kedua Adun Bangi dijemput merasmikan program bertempat di Pekarangan Masjid Al-Hasanah. Hadir pada pagi ini ialah Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul Wahab Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 9, BBB, Tuan Haji Mat Zin Timbalan Nazir Masjid Al-Hasanah, Imam Supaat bin Abdul Rahman Imam Masjid Al-Hasanah, Tuan Syed Othman juga Imam Masjid Al-Hasanah, Prof. Madya Dr. Mohd . Hariffin Boosrah dari IKRAM Hulu Langat, Dr. Azizah Penyelaras Program, AJK Masjid dan AJK badan-badan gabungan dan orang ramai.


Memulai Majlis Perasmian ialah ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 9, BBB Tuan Haji Abdul Rahim yang menyatakan bahawa ini adalah pertama kali program seperti ini dibuat oleh Persatuan Penduduk Seksyen 9. Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama sehingga berjayanya program yang diadakan selama dua hari. Tuan Haji Mat Zain bagi pihak Masjid Al-Hasanah mengalu-ngalukan sebarang kegiatan yang bermanfaat dan pihak Masjid sedia memberi kerjasama. Menurutnya Masjid seharusnya menjadi tumpuan masyarakat dari kegiatannya yang bermanfaat. Contoh program yang diadakan pada hari ini. Mungkin dilihat sepintas lalu program kesihatan kurang hubungan dengan masjid, tapi sebenarnya dengan menjaga kesihatan memberi peluang bagi kita menunaikan ibadat dengan baik. Dengan kurangnya sakit kita dapat meningkatkan ibadat dengan sempurna. Dr. Mohd. Hariffin Boosrah pula bersyukur dapat mengadakan kerjasama dengan pihak Persatuan Penduduk dan Masjid dan dapat sama memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Beliau berharap kerjasama yang sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang.


Adun Bangi yang berucap untuk perasmian berterima kasih kerana dijemput bersama ke Program Kesihatan yang amat memberi manfaat kepada penduduk dan semua peserta yang mengambil bahagian. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan tuntutan Islam dan keperluan hidup sebagaimana kata pepatah, ``Akal yang sihat pada tubuh badan yang sihat.`` Program ini sesungguh melengkapkan tuntutan kehidupan. Di Masjid kita beribadat bagi kesuburan rohani, di pekarangan kita beriadah bagi kesempurnaan jasmani dan kita berkumpul bagi memupuk kesempunaan sosial dan ukhuwwah. Adun berharap melalui program kesihatan merapatkan hubungan antara penduduk dan merapatkan hiubungan dengan masjid, sesungguhnya penduduk Seksyen 9 bernasib baik. Mereka adalah penduduk yang tinggal paling rapat dengan masjid. Mereka seharusnya kalangan yang banyak memakmurkan masjid, bahkan menjaga masjid. Di dalam majlis ini juga Adun menyampaikan sedikit peruntukan bagi Program Kesihatan yang dianjurkan oleh Pebduduk Seksyen 9 BBB.

Sebelum Majlis perasmian pada pagi-pagi hari kaum lelaki menyertai Senam Robik, manakala bagi kaum hawa menyertai Brisk Walk. Kegiatan yang lain ialah Persembahan Nasyid oleh Kelab Remaja Masjid Al-Hasanah, Pemeriksaan Kesihatan percuma. Manakala untuk kanak-kanak disediakan pertandingan mewarna, melukis, Explore Health Kids dan Demo First Aid.


Melengkapkan Program diadakan Pameran Kesihatan, Kursus First Aid, Kesihatan dan Keselamatan Di rumah,

Program berjalan dengan baik dari awal ke akhir sebagaimana dirancangkan. Al-Hamdulillah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment