July 12, 2011

Taman Tenaga Anjur Pertandingan Badminton, Rukun Tetangga, Taman Seroja Anjur Pertandingan Catur

Jalan Reko, Bangi, 08 Sya`ban = 10 Julai (Ahad):

Pagi jam 9.30 hadir ke Court Badminton Sungai Tangkas bagi merasmikan Pertandingan Tertutup yang dianjur oleh Persatuan Penduduk Taman Tenaga yang dipengerusikan oleh Dr. Ibarhim. Menurut Dr. Ibrahim tujuan diadakan pertandingan secara tertutup ialah bagi mengeratkan hubungan di kalangan penduduk di samping berlatih dan mencari bakat mereka yang berkelayakan di dalam bidang badminton.

Menurut saudara Wan Nasuha selaku setiausaha, sebanyak 24 pasukan mengambil bahagian. Mereka terdiri dari tiga single dan selainnya double pada peringkat umur 12, 16 dan 20. Ketibaan Adun Bangi dihentikan seketika permainan. Adun ucap terima kasih di atas jemputan. Sukan antara elemen penting di dalam menarik sokongan. Terima kasih kepada AJK yang bertungkus lumus sehingga berjaya diadakan pertandingan. Diharap melalui sukan dapat memupuk generasi yang sihat. Dengan demikian bagi pelajar dapat menumpukan kepada pelajaran dan lebih hebat mencapai kejayaan.

Bagi merasmikan permainan Adun diminta memukul shuttle dengan seorang yang mahir bermain. Selepas itu Adun menyampaikan cek derma bagi pertandingan badminton tersebut.

Selepas merasmikan Pertandingan Badminton Terbuka Taman Tenaga, Adun bergerak ke Sekolah Tamil, West Country (Timur) untuk menyaksikan pertandingan Catur yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga, Taman Seroja dengan mengambil tempat di Sekolah Tamil West Country (Timur), Jalan Reko. Menyambut ketibaan Adun ialah Encik Kandasamy sebagai Pengerusi pertandingan, Mr. Vasuki sebagai Setiausaha dan Puan Vallery sebagai Bendahari.

Menurut En, Kandasamy, ``Sebanyak 31 pasukan mengambil bahagian yang melibatkan 100 orang. Mereka datang dari berbagai Sekolah dan dari berbagai tempat di Hulu Langat.. Mereka dipecahkan kepada 4 kategori menurut umur dari 10, 12, 15, dan 21.

Anjuran ini amat baik dan Adun berharap anjuran seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Sebelum bergerak ke tempat lain Adun menyampaikan cek bagi membantu pertandingan yang sedang berjalan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment