July 12, 2011

Sidang Akhbar Sanggah Kenyataan Tiada Kekerasan Polis

Dewan Negeri Selangor, 09 Sya`ban = 11 Julai (Isnin):

Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam hadir di Anjung (Annex), Dewan Negeri Selangor untuk Sidang Akhbar. Mereka mengecam pihak Polis dan menyangkal tidak berlakunya kekerasan semasa Demonstrasi Bersih di Kuala Lumpur Sabtu 9 Julai lalu. Tuan Haji Mat Sabu yang didatangkan ke Anjung Dewan Negeri Selangor berkain pelikat disorong kerusi roda sebagai bukti berlakunya kekerasan terhadap beliau . Menurutnya beliau yang sama berada di perhimpunan Bersih pada hari Sabtu dilanggar truck Polis dan jatuh dan di bawa ke Klinik di Jinjang. Menurut Haji Mat Sabu pemeriksaan di Hospital di Shah Alam (Johor Cooperation) memerlukan beliau menjalani pembedahan lutut beliau yang tercedera (putus urat). Menurutnya ,``Polis benar-benar menjadi alat kerajaan dan bukan berkecuali menjaga keamanan.`

Sementara itu YB Khalid Samad yang sama hadir dalam Sidang Akhbar, menyatakan semasa beliau berada di KL Sentral bersama pemimpin-pemimpin mereka dikepung oleh FRU yang melepaskan tembakan gas secara direct terhadap mereka yang terkepung. Pada awalnya menurut YB Khalid, beliau tidak menyedari beliau ditembak, sehingga seorang sahabat menunjukkan yang kepalanya berdarah. Beliau terpaksa menjalani 6 jahitan di kepalanya.

Sementara itu pihak Polis menafikan kematian Baharuddin Ahmad dari AU, Hulu Kelang diakibatkan oleh Polis, tetapi yang nyata, beliau lari dari tembakan gas dan mengalamai kesesakan nafas.

Kata Tuan Haji Mat Sabu, pihak polis boleh buat penafian, tetapi kini berbagai-bagai alat canggih yang merakamkan peristiwa. Pihak Polis seharusnya tidak memperbodohkan orang ramai yang mempunyai bukti dan mendapatkan maklumat dari berbagai-bagai sumber.

Sekian.

No comments:

Post a Comment