July 2, 2011

Pertandingan Futsal 2011 Anjuran ADUN Bangi

Kompleks Sukan, Seksyan 15, 24 Rajab = 26 Jun (Ahad):

Pada hari ini Ketua Lajnah Sukan di bawah Kabinet Mini Adun Bangi diketuai saudara Dahari & AJK mengadakan Pertandingan Futsal Terbuka di Bangi. Sambutan amat menggalakkan sebanyak 50 pasukan membuat permohonan, tetapi sejumlah 33 pasukan sahaja diterima oleh kerana constrain masa dan ruang. Menurut saudara Dahari, ``Pertandingan melibatkan 300 peserta dan memakan masa seharian dari pagi ke petang. Pengadil-pengadil pilihan dijemput mengadili pertandingan. Adun Bangi hadir pada peringkat separuh akhir dan menyaksikan pertandingan yang nyata hebat dan professional. Hadiah-hadiah disediakan bagi Johan ialah RM800, Naib Johan RM500, No. 3 RM300 dan Hadiah keempat ialah RM150.

Keputusan pertandingan adalah sebagaimana berikut:

1) Johan Pasukan Tertomah
2) Naib Joham Pasukan CCMP (Phamaceutical)
3) No. 3 Pasukan IMFC
4) No. 4 Pasukan Famaniaga

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun dan kemudian bergambar dengan semua pasukan yang mendapat hadiah di atas.


No comments:

Post a Comment