July 21, 2011

Pengagihan Zakat Di Hulu Langat & Negeri Selangor 1432H/2011M.

Masjid Al-Hasanah, BBB, 17 Sya`ban = 19 Julai (Selasa):

Pagi ini Adun Bangi dijemput ke Masjid Al-Hasanah bagi merasmikan pengagihan zakat sempena Ramadhan dan Idil Fitri bagi Asnaf Fakir/Miskin Negeri Selangor 2011M/1432H. Hadir sama bagi pengagihan terawal di negeri Selangor ini ialah Tuan Haji Shahdan bin Ishak, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Zakat Selangor, bahagian Operasi dan Agihan, Ybhg. Prof. Dato` Dr. Izzuddin bin Ahmad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Zakat yang juga Rektor KUIS, En. Khairul Fahmi, Wakil Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat, En. Khairul Azhan bin Ahmat, Penolong Ketua Operasi Daerah Hulu Langat, penghulu. AJK Masjid, Ketua-ketua kampong dan penerima-penerima Zakat.

Dalam ucapan alu-aluan Tuan Haji Shahdan memaklumkan bahawa pengagihan yang dibuat di sini adalah julung kali di negeri Selangor. Ini diikuti oleh kawasan-kawasan lain.

Untuk Kawasan Hulu Langat peruntukan yang dikeluarkan pada kali ini ialah RM2, 821, 100.00. Jumlah ini adalah jumlah tertinggi di Selangor - dua tahun berturut-turut Hulu Langat tertinggi. Pecahan pengeluaran bagi Daerah Hulu Langat ialah:

Bil.

Tarikh

Masjid

Bil. Faqir

Bil. Miskin

Jumlah

Jumlah (RM)

1

19 Jul

Al-Hasanah

87

149

236

176,980.00

2

20 Jul

Jame` Kajang

408

672

1,080

815,000.00

3

21 Jul

Raja Alang

435

330

765

747,150.00

4

26 Jul

Perdana Indah

134

234

368

271,550.00

5

27 Jul

Tas. Tambahan

184

346

530

401,250.00

6

28 Jul

Batu 14

270

279

549

409.250.00

JUMLAH KESELURUHAN

1,518

2,010

3,528

2,821,100.00


Dilihat dari segi jumlah keseluruhan pada peringkat negeri ialah:

Fakir berjumlah 6,849 Jumlah agihan RM5,265,650.00
Miskin berjumlah 12,159 Jumlah Agihan RM8,975,300.00

Jumlah RM14,240,950.00

Jumlah minimum bagi seorang penerima ialah RM550/= dan maksimim adalah RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan keluarga. Selain dari peruntukan bagi fakir-miskin peruntukan juga dikeluarkan misalnya bagi pelajar-pelajar menyambung pengajian (RM 24 juta), Sekolah Kafa (RM26 juta), Masjid (RM9 juta), Bantuan Dialisis (RM24 juta), Kursus (RM12 juta) dan pelbagai seperti Pembaikan Surau-Masjid, Bencana Alam, Kebakaran, Sewa Pejabat Zakat, bil-bil dan berbagai lagi. Pemohon zakat setiap bulan tidak kurang dari 6,000 orang. Adalah menjadi amalan sebagaimana difatwakan bahawa pengeluaran zakat dilakukan dari semua pendapatan bagi tahun berkenaan (2010 pungutan sebanyak RM240/= juta), kecuali sedikit baki untuk operasi.

Sebelum agihan dibuat, Adun sebagai Tuan Rumah mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor yang memilih Masjid Al-Hasanah sebagai tempat pertama pengagihan Zakat di Negeri Selangor. Beliau mengajak para hadirin, khususnya para penerima zakat bersyukur kepada Allah dengan kemakmuran negeri Selangor. Dengan ramainya mereka yang mengeluarkan zakat menyebabkan penerima-penerima berpeluang menerima zakat. Walau bagaimana nisbah pengeluar zakat di Selangor masih rendah, kerana setakat ini dengan jumlah penduduk Islam di Selangor seramai 2.7 juta orang, maka yang mengeluarkan zakat hanya sejumlah 160,000 orang sahaja, manakala pengeluaran fitrah seramai 2.3 juta pembayar. Diharap kesedaran umat Islam untuk memngeluarkan zakat akan bertambah, khususnya dengan kesedaran keagamaan semakin tinggi di negeri Selangor. Beliau menarik perhatian dibandingkan penerima zakat di Bangi dengan penerima-penerima di tempat lain di Hulu Langat, maka Bangi paling kecil, iaitu seramai hanya 236 orang sahaja. Ini bererti Bangi kurang atau dapat dikurangkan jumlah mereka yang faqir dan miskin. Diharap pada masa hadapan jumlah ini makin mengecil.

Sementara itu Adun Bangi menasihatkan kepada penerima zakat menggunakan wang diterima dengan sebaik mungkin. Misalnya bagi keperluan Ramadhan, Hariraya dan bagi kepentingan anak-anak bersekolah. Adun mengingatkan, agar penerima-penerima zakat berusaha mengeluarkan diri dari kategori faqir dan miskin. Misalnya dengan menyertai skim pinjaman kerajaan negeri Selangor – Skimsel dan Mimbar dan juga Skim Bantuan Perusahaan dari zakat yang membimbing mereka yang berkelayakan berdikari. Adun juga mengingatkan penerima-penerima zakat bukan tetap, kelayakan mungkin berubah, sebab itu ada yang mereka dahulu layak, kali ini tidak tersenarai, kerana dianggap sudah tidak lagi layak. Mereka yang berkenaan harus bersyukur kerana mereka diberi kelawasan oleh Allah dan memberi peluang kepada orang lain pula yang patut menerima agihan zakat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment