April 17, 2011

BN Menang Dengan Masalah

BBB, 13 Jamadil Awal = 17 April (Ahad):

Rakyat Sarawak telah membuat pilihan dengan mengekalkan pemerintahan Sarawak di bawah BN. Keputusan sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Aziz Pengerusi SPR sebagaimana berikut:

BIL

PARTI

JUMLAH KERUSI

JUMLAH UNDI

PERATUSAN

1

BN

55

372,379

74.6

2

DAP

12

134,847

12.7

3

PKR

3

117,100

4.2

4

Bebas

1

20,064

1.4

5

PAS

0

9,719

-

6

SNAP

0

15,663

-

7

Cinta Malaysia

0

-

-

Undi rosak ialah 8,224

Peratus keluar mengundi ialah 70%

Pilihanraya Sarawak ke 10 di Sarawak yang penduduknya ialah 2.26 milion

Pengundi 979,796

Pusat mengundi 1,749

Calon bertanding 213

Kerusi 71

Parti yang bertanding: BN 71, DAP 15, SNAP 26, PKR 49, PAS 5, Cinta Malaysia 6 dan Bebas 41.

Daripada keputusan di atas dapat diambil keputusan:

a) Dengan keputusan di atas Dato` Seri Najib Perdana Menteri Malaysia dapatlah dikatakan berpushati kerana dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Usaha beliau berulang alik ke Sarawak bersama Tan Sri Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri berbaloi.

b) Sarawak masih menghadapi masalah kepimpinan. Masa yang baik Taib Mahmud berundur sepatutnya digunakan bagi perlantikan Ketua Menteri Yang baru. Tetapi Majlis mengangkat sumpah Taib diadakan tergesa-gesa untuk mengelak dari tekanan dan jawatan terlepas kepada orang lain.

c) Perdana Menteri kelihatan tidak dapat mengawal tidak tanduk Taib Mahmud. Majlis mengangkat sumpah sepatutnya diadakan secara teratur dan di bawah restu Perdana Mentera. Masalah akan berterusan, jika Taib Mahmud bertindak tidak mengundur diri dari kepimpinan.

d) DAP dapat dikatakan parti yang smart. Parti ini bertanding di 15 kerusi dan memenangi 12 kerusi. Pengundi Cina dan pengundi di Bandar padu memberi sokongan kepada DAP.

e) PKR yang bertanding di 49 kerusi tidak dapat menyerlahkan prestasi dengan hanya memenangi 3 kerusi. Ini ialah kerana masalah dan isu yang banyak ditanggung oleh parti itu.

f) Pas yang dijangka dapat melahirkan anak sulungnya terutama bagi calonnya Abang Ahmad Kerdee di Beting Maro, nampaknya belum diizin Allah. Walau bagaimana pencapaiannya baik. Beliau mendapat undi 2,678, kurang 391 undi dari lawannya. Pas berjaya mendapat tempat dihati pengundi. Usaha mengekalkan pengaruh dan sokongan perlu terus dilakukan bagi memungkinkan kemenangan PAS pada masa hadapan.

g) Kesemua pihak mungkin boleh mendakwa berjaya. BN dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Bagi Pakatan Rakyat dapat mendakwa bertambah pengaruh dengan bertambahnya kerusi dan pengundi. Pokoknya ada perubahan politik dan pengundi Sarawak semakin terbuka.

h) Kemungkinan pilihanraya umum ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat. Semua pihak dari sekarang perlu bersedia menghadapi pilihanraya berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment