March 17, 2011

Tuisyen Rakyat Kembali Bermula - PERCUMA

Pejabat Adun Bangi, 11 Rabiul Akhir = 16 Mac (Rabu):

Sebagaimana dua tahun yang lepas, maka bagi tahun 2011 ini pihak Kerajaan Negeri Selangor, melalui Adun menawarkan Tuisyen Rakyat percuma kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM 2011.

Menurut Puan Sakinah Penyelaras Tuisyen Rakyat bagi DUN Bangi, ``Kelas-kelas tuisyen akan bermula pada 28 Mac ini dan pelancaran akan dilakukan pada 2 April,`` Menurutnya:

``Bagi tahun 2011 ini empat tempat tuisyen akan dibuka,`` katanya.
Empat tempat berkenaan ialah:

1) Sungai Ramal Dalam bertempat di Balai Komuniti berdekatan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam.
2) Sungai Ramal Luar bertempat di Pusat Komuniti Baitul Imtiyaz, Sungai Ramal Luar
3) Bandar Baru Bangi bertempat di Sekolah Agama Al-Mustaqim berdekatan Surau Al-Falah, Jalan 6, Bandar Baru Bangi
4) Kampong Bahagia, Bangi, bertempat di Balai Raya berdekatan Surau Al-Hamidiah, Kampong Bahagia, Pekan Bangi

Bagi pelajar-pelajar yang belum berdaftar, boleh mendaftar melalui Ketua Kampong setempat, guru ditugaskan bagi tempat-tempat berkenaan atau terus hubungi Pejabat ADUN Bangi di talian no. 03 8925 0891. Jumlah pendaftaran terhad. Maksimum bagi satu kelas 25 orang. Guru-guru yang mengajar ialah dari guru-guru berpengalaman. Pendaftaran hanya bagi pelajar-pelajar yang mau mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2011 sahaja.

Menurut Puan Sakinah, ``Mata pelajaran yang diajar ialah empat mata pelajaran iaitu:

1) Matematik
2) Bahasa Melayu
3) Bahasa Inggeris
4) Sejarah

Bagi setiap matapelajaran satu jam seminggu, kecuali Matematik 2 jam. Ini bererti pelajar menghadiri tuisyen berkenaan selama 5 jam seminggu. Jadual pelajaran bergantung pada waktu kesesuaian bagi guru dan pelajar dan boleh dirunding. Kebiasaan jadual adalah pada hari Ahad.

Tujuan diadakan Kelas Tuisyen Rakyat tidak lain daripada hasrat Kerajaan mau membimbing pelajar-pelajar, terutama dari kalangan mereka yang miskin bagi memajukan mereka di dalam pelajaran dan berhasil mencapai keputusan yang baik. Dengan demikian mencerahkan peluang mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat mengikuti kelas Tuisyen Rakyat.



Sekian.

No comments:

Post a Comment