March 9, 2011

Melawat Projek Perumahan Di Kajang 2 & Mempastikan Pembinaan Fly-Over

Kajang Utama, 30 Rabiul Awwal = 05 Mac (Sabtu):

Semasa `Turun Padang` ke Kajang Utama pada tarikh di atas, antara program yang diatur ialah melawat Projek Perumahan Kajang Dua bersempadan dengan Kajang Utama. Lawatan ke sini dengan beberapa tujuan.

Pertama menghargai kerjasama Syarikat Perumahan yang memajukan sebahagian dari Kajang Utama, iaitu Metro yang memberi respond yang baik terhadap lawatan Adun termasuk memperbaiki jalan yang rosak, mengecat bumper-bumper, menanam pokok, membersih longkang tepi surau dan kerjasama yang diberi sebelumnya terhadap permohonan penduduk

Kedua meninjau kemajuan dan kepesatan pembangunan perumahan di Kajang Dua. Pembangunan perumahan di Kajang Utama dan yang berhampiran selama ini agak terencat dengan pembinaan lebuhraya Silk yang memisahkan Kajang Utama dari Kajang. Tuntutan dibuat agar dibina flyover menghubungi kedua kawasan sejak lebuhraya berkenaan memulakan projek - 1999. Berkali-kali tunjuk perasaan penduduk bersama Adun dan yang lain, tetapi fly-over atau terowong yang dituntut tidak menjadi kenyataan. Oleh kerana jauh perjalanan dan melalui u-turn ke Kajang Utama menyebabkan hartanah di sini jatuh. Banyak kedai-kedai yang telah siap terbiar dan harganya menurun. Pekannya sepi dan tidak maju.

Projek Kajang Dua yang sedang dibangunkan mungkin kurang respond dari pembeli oleh kerana masalah keluar masuk yang jauh dan merugikan penduduk. Jika permasalahan tidak diatasi, maka perumahan dan kemajuan di Kajang Dua akan menghadapi kelembapan. Walau bagaimana dalam lawatan didapati pembinaan perumahan adalah berjalan dengan usaha memajukannya sedang diusahakan.



Difahamkan dari pihak Syarikat Perumahan Metro di sini, hartanah di Kajang Dua akan memakan dana sebanyak RM2.5 bilion. Syarikat Metro sedang membina bagi projek awal sebanyak:
1) Bungalo 83 buah
2) Semi D 139 buah
3) Terrace 229 buah
4) Pangsa I- 280 buah (unit)
5) Pangsa II- 270 buah (unit)

Difahamkan harga sebuah rumah teres dua tingkat antara RM400 – RM450 ribu, manakala rumah semi D antara RM800 – RM900 ribu. Tidak ditanya jenis-jenis kediaman yang lain. Pembinaan perumahan di sini akan bersentuhan dengan Taman Teknologi dan Bandar-bandar universiti (UKM, Malaysian German Institute dan lain-lain).

Tujuan ketiga ialah untuk mempastikan bilakah fly-over antara Kajang Utama, termasuk Kajang Dua dengan Jalan ke Bandar Baru Bangi akan dibina, kerana dengan pembinaan flyover ini akan membuka laluan antara Kajang Utama dengan Bandar Baru Bangi dan juga ke Kajang. Juga akan menyatukan hubungan dengan MRT Sungai Buluh-Kajang yang berakhir di Hentian Bas di Jalan Reko. Difahamkan Fly-over berkenaan akan memakan peruntukan tidak kurang dari 28 juta. Namun setakat ini Plan Design belum dibuat. Adalah difahamkan kos bagi pembinaan hendaklah ditanggung oleh semua syarikat pembinaan perumahan di kawasan Kajang Dua dan yang berkaitan. Antara Syarikat yang dikenalpasti ialah:

1) Metro Kajang
2) Mutiara Good Year
3) Sim Si Hwa
4) Tan Ming Berhad
5) Golf Kajang Hill.

Syarikat-syarikat berkenaan bersikap tunggu dan lihat untuk mengeluarkan peruntukan bagi bahagian masing-masing. Beberapa mesyuarat telah dianjurkan oleh MPKj ke arah pembinaan fly-over berkenaan. Sudah pasti Syarikat yang paling besar perlu menanggung kos paling besar bagi membina fly-over berkenaan, iaitu Metro Kajang. Syarikat ini haruslah mengambil inisiatif bagi memulai pembangunan fly-over. Pihak MPKj haruslah tegas dan memaksa syarikat-syarikat berkenaan membina fly-over berkenaan. Dengan pembinaan akan melariskan pasaran perumahan di Kajang Utama, Kajang Dua dan syarikat-syarikat perumahan yang lain. Pihak MPKj dan syarikat-syarikat hendaklah sama melobi dan berkerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu bagi mengubah station keretapi Kajang dan Bangi menjadi satu station dihadapan Perhentian Bas di Jalan Reko Sekarang yang mana Keretapi Tanah Melayu mempunyai tanah yang luas di sini. Adalah dijangka bila berlaku perpindahan akan mewujudkan kawasan parking yang selesa dengan jumlah 1,500 tempat parking dan menjadikan kawasan Jalan Reko, Kajang Utama, Kajang 2 dan kawasan sekitar berdaya maju.

Sekian.

3 comments:

  1. Assalamua'laikum YB,
    Rasa-rasanya projek flyover ini akan menjadi kenyataan tak?

    ReplyDelete
  2. rasanya tidak, project belum mula walaupun sudah lama cakap..

    ReplyDelete
  3. walaupun tidak nampak aktiviti-aktiviti untuk flyover kat tapak, tapi proses-proses untuk tujuan membina flyover itu masih lagi dijalankan dengan tegas. kerjasama syarikat perumahan selain MKH Berhad agak kekurangan.
    dengan projek pembinaan litar dan stesen MRT dalam waktu dekat yang akan menimbulkan kesesakan trafik di permulaan Jalan Reko juga dinimbangkan supaya tidak menyebabkan juga kesesakan lalulintas yang tidak dapat dielakkan waktu kerja-kerja menaiktaraf jalan Kajang 2 dan Bandar Baru Bangi kepada flyover itu dilaksanakan. koordinasi dengan semua pihak terlibat dijangka tersangat makan masa.

    ReplyDelete