March 30, 2011

Bantuan Kepada Pelajar Pulang Ke Mesir

Dewan Negeri Shah Alam, 24 Rabiul Awwal = 29 Mac (Selasa):

Pada hari kedua persidangan Dewan Negeri, sebanyak 20 soalan lisan dijawab (yang tak datang tak dijawab) oleh Exco-Exco berkenaan. Soalan-soalan antaranya mengenai pembalakan haram, kelulusan tanah secara berkelompok, Projek JAKES (Jabatan Kehakiman Syariat, pelaburan di Selangor, Kamera Intipan di Pejabat MB, Judi Sport Toto, Greater KL, kenaikan harga barang, Pusat Kebudayaan Cina dan India, Bantuan kepada pelajar pulang ke Mesir, Mikro Kredit Bandar, setinggan, program kesihatan, peruntukan Adun, Pembersihan Sungai Kelang, Komuniti Berpagar, Skim Kesihatan Wanita, Pertanian Di Hutan Simpan, Satu Kampong Satu Produk dan perlantikan Datuk Bandar dan YDP PBT.

Satu daripada soalan yang dijawab, iaitu soalan ke sepuluh adalah soalan dari Adun Bangi. Bantuan Kepada Pelajar-pelajar Pulang Ke Mesir
Soalan: Akibat dari Revolusi Rakyat di Mesir, ramai pelajar Malaysia di sana dibawa pulang untuk keselamatan ke tanah air.


Bertanya kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar

a) Berapa ramaikah pelajar Selangor di Mesir yang dibawa pulang ke tanah air ?
b) Adakah kerajaan negeri akan membiayai kos pemergian mereka kembali ke Mesir ?
c) Berapakah jumlah perseorangan dan keseluruhan yang akan ditanggong oleh kerajaan Negeri.

Menurut YB Dr. Halimah Mohd Ali Exco Pelajarn, Pengajian Tinggi, Modal insan yang menjawab soalan, bahawa jumlah pelajar Selangor di Mesir yang dibawa pulang ialah seramai 1,280.

Kerajaan menanggung kos sebanyak RM2.48 juta

Jumlah diterima oleh seorang pelajar ialah antara RM2,150 hingga RM2,220 bergantung kepada tempat pengajian mereka. Penghantaran mereka adalah secara berperingkat-peringkat menurut tarikh tempahan dibuat, iaitu antara 14 Mac – 18 Mac 2011.

Sekian.

No comments:

Post a Comment