November 4, 2010

Lesen Restoran Dan Syarat-Syarat Operasi

Shah Alam, 25 Zulkaedah = 02 November (Selasa):


Semasa menghadiri perasmian Seminar Halal di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada pagi ini penulis berpeluang mendapat dua daripada kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar tersebut. Kedua-dua kertas kerja berkenaan adalah dari MPSJ. Walaupun kertas kerja adalah dari MPSJ, tentu ada kesamaan dengan PBT-PBT yang lain. Ada baiknya intisari dari kertas kerja berkenaan diperturunkan, bukan saja untuk panduan pengusaha-pengusaha restoran, tetapi bagi pengguna-pengguna untuk menilai tahap piawaian restoran yang dikunjungi dan juga sebagai panduan bagi pihak yang berurus dan menyediakan makanan – termasuklah di rumah masing-masing.


Perlesenan

MPSJ menerusi bahagian perlesenan bertanggungjawab menguruskan permohonan lesen perniagaan, termasuklah restoran.

Bagi pemohon-pemohon yang ingin membuka restoran atau apa-apa tempat makan wajib memenuhi syarat-syarat kesihatan yang telah ditetapkan.

Tempoh kelulusan lesen perniagaan untuk restoran adalah serta merta.


Syarat Permohonan Lesen

  • Salinan Sijil Pendaftaran Periagaan
  • Salinan Borang 49 (Akta Syarikat 1965)
  • Salinan Borang 24- A, B (Akta Pendaftaran Perniagaan 1956).
  • Salinan Hakmilik/Sewabeli/Geran
  • Salinan Sijil Menduduki Bangunan/Tambahan
  • Salinan Pelan Lokasi
  • Permohonan Pelan Lantai
  • Permohonan Lesen Iklan
  • Visual Iklan (Perlu memenuhi penggunaan bahasa iklan UUK iklan (MPSJ) (2007).
  • Gambar Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Memenuhi Syarat Kesihatan (Kursus Asas Pengendali Makanan & Suntikan Pelalian Dengan Kepialu).


Kedai Makan (Restoran)

Makanan membawa maksud setiap artikel yang diproses, dikilang, dijual kepada manusia untuk dimakan.

Kedai makan membawa maksud mana-mana tempat atau premis, di mana makanan dijual untuk dimakan di tempat lain.


Tempat Hidangan ialah tempat makanan disimpan untuk dihidang.

Undang-Undang Kecil Establishmen Makanan (MPSJ) 2007


Bahagian 2 (Lesen), UUK 3(1) – Tidak ada sesiapa dibenarkan berniaga apa-apa aktiviti establisymen tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.

Undang-Undang Kecil Establisyment Makanan (MPSJ) 2007

Bahagian 3 (Am) – Kebersihan

  • UUK 15 Pemegang lesen hendaklah menjaga kebersihan di premis perniagaan mereka.
  • UUK 16 – Mengadakan Tong Sampah. Pemegang lesen hendaklah mengadakan tong sampah yang mencukupi.
  • UUK 17 – Sampah Pepejal Basah, semua sampah pepejal basah perlu dimasukkan dalam karung plastic
  • UUK 19 – Menumpahkan Bahan Mengganggu, pemegang lesen tidak boleh buang apa-apa kotoran ke dalam longkang !
  • UUK 20 – Pencemaran Efluen & Kumbahan. Pemegang lesen tidak dibenarkan membuang apa-apa efluen dan kumbahan kecuali di tempat dan cara yang dibenarkan dan ditetapkan.
  • UUK 22 – Kemudahan Kebersihan, pemegang lesen perlu menyediakan tandas, sinki, tempat cuci pinggan mangkuk dengan jumlah yang mencukupi, perlu sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik


Makanan Halal Dan Tak Halal

UUK 27 (3), (4),(5), (6), (8) Premis yang menghidangkan makanan halal dan tak halal perlu:

  • Basuh secara berasingan perkakasan untuk masak makanan halal dan tak halal
  • Guna perkakasan yang berasingan
  • Simpan perkakasan di tempat yang berasingan
  • Premis yang menghidangkan makanan halal harus memastikan perkakasan untuk makanan tidak halal tidak diguna di tempat untuk menghidang makanan halal.
  • Jika premes berkenaan menjual dan menghidang makanan tidak halal perlu mempamerkan perkataan `Makanan Tidak Halal` di premes tersebut.
  • Makanan Halal bermaksud – makanan yang tidak terdiri dari benda dan binatang yang orang Islam dilarang memakannya mengikut Hukum Syarak.
  • Tidak mengandungi apa-apa benda (najis) mengikut Hukum Syarak.
  • Tidak diproses, dikilang dengan apa-apa yang tidak bebas dari apa-apa najis mengikut Hukum Syarak.
  • Pengkompaunan Kesalahan, sebarang kesalahan yang dilakukan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000.00
  • Sesiapa yang melanggar peruntukan undang-undang ini boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00 & penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.


Ciri-Ciri Restoran Yang Bersih

  • Pekerja-pekerja mempunyai suntikan pelalian anti-tyfoid & telah menjalani kursus pengendalian makanan.
  • Pekerja-pekerja mempunyai penampilan yang bersih dan kemas (pakai apron dan topi).
  • Penyediaan, pengendalian, penyimpanan makanan yang bersih dan bersistem.
  • Kemudahan dan perkakasan yang bersih dan mencukupi.
  • Menjaga kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal yang baik & mengadakan kawalan makhluk perosak.


Pengkategorian

  • Setiap premis restoran yang berlesen akan dibuat penilaian berhubung kebersihan oleh Jabatan Kesihatan MPSJ – UUK 32 Penggredan Establisymen Makanan.
  • Hasil dari penilaian tersebut, setiap premis restoran akan diberi kad kategori dan ia harus dipamerkan setiap masa.
  • Kategori kad terdiri dari A (purata markah 80 – 100), B (markah 60 – 79) dan C (markah 50 – 59).
  • Markah bawah 49, premis boleh ditutup.


Penutupan Premis

Di bawah UUK 62 – Pihak Berkuasa Melesen boleh dengan serta merta menutup premis makanan sekiranya berlaku pelanggaran mana-mana peruntukan atau syarat di bawah UUK ini atau penutupan itu perlu untuk kepentingan awam.


Pembatalan Lesen

  • Bagi premis restoran yang telah dikenakan tindakan penutupan sebanyak tiga kali oleh Jabatan Kesihatan MPSJ kerana kesalahan kebersihan akan dicadangkan untuk pembatalan lesen di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan & Kesihatan.
  • Penetapan Dasar Majlis ini telah diputuskan di Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan & Kesihatan Bil. 1/2010 pada 21 Julai 2010.


Penutup

Mempertingkatkan kebersihan premis restoran, kerana keselamatan kesihatan pelanggan adalah tanggungjawab bersama.


Sekian.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dr,
    jika kita ingin membuka kedai makan seumpama 'mamak stall' seluruh malaysia, di manakah saya boleh mendapatkan info bagi kaedah-kaedah perlesenan dan sebagainya. Dan Lesen perlu di daftarkan di negeri lain-lain untuk setiap premis atau ada lesen yang merangkumi semua cawangan. Harap Dr dapat menolong saya. Terima kasih.

    ReplyDelete