November 22, 2010

Kerani Pejabat Adun Bangi Selamat Melangsungkan Perkahwinan

Teras Jernang, 13 Zulhijah = 20 November (Sabtu):

Cik Qatrul Nada Bin Kamaruzzaman (L. 1986) pagi ini selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya Mohd Tariq Bin Ghazali seorang guru. Majlis berlangsung di Masjid As-Salihin di sini. Aqad dilakukan oleh bapa pengantin – Dr. Kamaruzzaman, sementara Ustaz Solah selaku Juru Nikah membaca khutbah. Majlis berlangsung dihadapan keluarga terdekat kedua belah pihak dan teman-teman rapat mereka.


Qatrul Nada mulai berkhidmat selaku kerani di Pejabat Adun. Lantikan secara rasmi beliau adalah pada 29 Februari 2009. Bagi mengikuti suaminya yang berkhidmat di Melaka beliau secara sukarela meletakkan jawatan mulai akhir bulan November ini dan menghabiskan cuti tahunan mulai 15 November. Satu Majlis Perpisahan di Pejabat dilakukan pada hari Jumaat minggu lepas. Jemputan walimatul `urus berlangsung dari jam 12.00 hingga 4.00 petang di masjid tersebut.
Kita mengucapkan kepada Qatr al-Nada dan Suami selamat menempuh gerbang perkahwinan, didoakan aman bahagia dan kekal ke anak cucu.


Sekian.

No comments:

Post a Comment