October 17, 2010

Merapatkan Hubungan Antara Pegawai-Pegawai & Pemimpin Setempat Melalui Sukan Bowling

BBB, 08 Zulkaedah = 17 Oktober (Sabtu):

Salah satu cara merapatkan hubungan antara pegawai-pegawai kerajaan dan pimpinan setempat, mengurangkan perbezaan darjah dan kedudukan dan mengeratkan rasa muhibbah dan kemesraan ialah melalui sukan. Menerusi sukan kita dapat meroboh rasa perbezaan dan memudahkan pertemuan dari pergi menemui semua, seorang demi seorang yang biasanya dibatasi protokol dan peraturan.


Peluang melalui sukan ini diambil kesempatan oleh Adun Bangi bagi menghimpun pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin setempat melalui sukan secara santai dan releks. Antara sukan yang boleh semua pihak ambil bahagian kini ialah permainan bowling – jika futsal lebih bagi orang muda.

Demikianlah Adun Bangi sejak sebulan yang lalu membuat jemputan kepada ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin tempatan sekitar Bangi-Kajang untuk mengambil bahagian dalam `Pertandingan Bowling Secara Jemputan` atas tajaan dan biaya Adun Bangi.

Al-Hamdulillah usaha dan tawaran Adun Bangi disambut baik oleh jabatan-jabatan dan pemimpin setempat. Sehingga ke pertandingan hari ini 20 pasukan menerima jemputan, iaitu:

Jumlah Keseluruhan 20 Pasukan

Antara tokoh dan kepimpinan yang hadir mengambil bahagian ialah Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Adun Bangi, Tuan Haji Zainal Abidin bin A`la Pegawai Daerah Hulu Langat, Ustaz Bong Pemangku Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Hulu :Langat, Tuan Haji Mohd. Nor dan Saudara Yusof Bachik dari MPKj, Tuan Haji Sufi Munassir Timbalan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP Pas Serdang dan beberapa yang lain.


Tempat pertandingan ialah ialah di Bangi Super Bowl, Bangunan Warta BBB. Keseluruhan tempat permainan di Bangi Super Bowl ini ditempah Adun mulai dari jam 2.00 – 6.00 petang.

Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin tempatan yang sudi menerima jemputan ke pertandingan sehingga berjayanya pertandingan yang diadakan. Pertandingan yang pentingnya hubungan muhibbah dan kemesraan dan bukannya kemenangan
Pada dasarnya permainan yang agak mudah ini semua pihak mampu bermain dan hampir semua menunggu ke akhir permainan yang tamat jam 5.30 petang.


Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun dan Tuan Pegawai Daerah: Pemenang-pemenang ialah:

1) Johan - PKNS
2) Naib Johan JKKK
3) Ketiga MPKj


Penghimpun mata (Jatuhan)

1. En. Baharuddin dari Pejabat Daerah 538 Jatuhan
2. Puan Jamaliah dari PKNS 525 Jatuhan


Terima kasih kepada semua.

No comments:

Post a Comment