September 26, 2010

Y.B. Dr Halimah Menyerahkan Peruntukan Sekolah LEPAI Bandar Baru Bangi

BBB, 16 Syawal = 25 September (Sabtu):


Majlis Sambutan Idul Fitri yang diadakan oleh Sekolah Agama LEPAI Bandar Baru Bangi pagi ini menjadi ceria dengan kehadiran tamu istimewa, iaitu Y.B. Dr. Halimah Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Lebih istimewa beliau bukan setakat hadir berhariraya bersama ibu bapa dan guru-guru, termasuk yang hadir ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang juga Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah, Tuan Haji Mohd Ghazali Abbas Bendahari Sekolah yang juga Pengerusi Surau An-Nur, Haji Yaakob Mat Nor AJK dan Ustaz Radhi dari JAKIM (Bekas AJK), tetapi kehadiran Y.B. Dr. Halimah membawa peruntukan cek seharga RM100,000 bagi pembinaan Sekolah LEPAI Tersebut. Beliau mau anak-anak penduduk Bandar Baru Bangi mendapat pendidikan agama secukupnya seimbang dengan pendidikan yang lain. ``Kita mau anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat,`` katanya. Beliau risau dengan anak-anak muda yang membelakangi nilai akhlak, lebih-lebih lagi yang terlibat dengan gejala sosial.`` Beliau menambah,``Kita berhasrat untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar agama turut sama belajar di pengajian tinggi negeri, bukan saja di KUIS, bahkan di UNISEL.`` Beliau menambah, ``Kita juga bercadang menambah kursus-kursus kepada pelajar-pelajar di pengajian tinggi dengan kursus keislaman dan keakhlakan.`` Beliau diberi maklum katanya, ``Sunnguhpun di Bangi sudah mempunyai Sekolah Rendah Agama Integrasi, tetapi itu untuk pelajar sepenuh masa, tetapi pelajar Sekolah kebangsaan tidak mempunyai tempat belajar agama kecuali di sekoalh Lepai ini. Namun tempat tidak kecukupan. Sebab itu beliau membawa peruntukan untuk pembinaan Sekolah tersebut.`` Beliau menambah, ``Sudah tentulah peruntukan ini kecil, tetapi permohonan yang lain dapat dibuat lagi kelak sebagai tambahan.``


Terdahulu dari itu Dr. Tajul Ariffin Noordin sebagai Pengerusi Lembaga Tadbir memaklumkan yang pihak Pentadbir akan membina binaan dua tingkat ke bahagian atas, tanpa meruntuhkan bangunan yang sedia ada. Beliau memaklumkan jumlah yang diperlukan ialah RM750,000. Dan derma bagi mencari dana peruntukan akan dilancarkan. Dengan penambahan bangunan, kemudahan akan bertambah seperti bilik computer dan perpustakaan. Beliau juga memaklumkan kelas tahfiz juga akan menggunakan bilik-bilik tambahan kelak.``


Selepas Dr. Tajul Ariffin berucap, ADUN Bangi turut dijemput berucap. Beliau berterima kasih di atas kehadiran Y.B. Dr. Halimah ke kawasan DUN Bangi dan memberi bantuan kepada Sekolah Agama Lepai..Sekolah ini merupakan Sekolah agama terawal didirikan di Bandar Baru Bangi, iaitu pada tahun 1988 di bawah pentadbiran JAIS. Apabila JAIS membina Sekolah Rendah Agama Integrasi, Sekolah ini ditadbir oleh Lembaga Pentadbiran kini sejak 1992 dengan menggunakan kurikulum JAKIM. Kini Sekolah mempunyai 280 orang pelajar dengan 10 orang guru. Sekolah rakyat ini menggunakan kewangan sebanyak RM12,000 sebulan. Yuran didapati hanya sebanyak antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan. Bakinya ditampung dari derma orang ramai.


ADUN Bangi mencadangkan agar binaan dibuat sebanyak tiga tingkat dengan kos ditambah kepada lebih dari RM satu juta. Beliau menambah, ``Sekolah ini penting, kerana di sini juga digunakan sebagai tempat kegiatan kemasyarakatan, seperti hari guru dan Ibu bapa, sambutan-sambutan, tempat mesyuarat Persatuan Penduduk, Koperasi Penduduk dan sebagainya. Oleh itu Sekolah ini amat wajar dibesarkan. Kita difahamkan pihak JAKIM turut juga memberi bantuan dan dengan cadangan membesarkan bangunan diharap pihak JAKIM juga dapat memberi peruntukan. Maklumat terakhir bahawa Y.B.Dr. Halimah bersetuju untuk menambah peruntukan bagi bangunan tambahan yang memerlukan peruntukan lebih dari RM1 juta itu. Sebagai memulakan derma ADUN Bangi juga bersetuju memperuntukkan sejumlah peruntukan sebagai pemula bagi derma tersebut.


Sekian.

No comments:

Post a Comment