September 27, 2010

Menyertai Sambutan Mesra Idul Fitri Di Sana Sini

BBB, 16 - 17 Syawal = 25 – 26 September (Sabtu – Ahad):

Mereka yang pulang berhariraya di kampong sudah pulang ke Bangi-Sedang, anak-anak sudah selesai menghadapi peperiksaan UPSR, mereka yang berpuasa sunat Syawal sudah melengkapkan jumlah puasa sunat Syawal, maka minggu ini (Sabtu-Ahad) adalah minggu yang paling selesa untuk surau, institusi dan individu mengadakan hari atau rumah terbuka. Sememangnya ADUN Bangi sarat menerima jemputan hariraya, terutama kedua-dua hari ini. ADUN Bangi mengambil kesempatan seboleh-bolehnya mau menunaikan semua jemputan. Kerana inilah peluang dapat bertemu muka dan bersua dengan masyarakat sambil mengucapkan Selamat Hariraya serta Maaf Zahir dan Batin. Untuk kedua-dua hari ini ADUN Bangi menyusun jadual jemputan sebaik mungkin (termasuk program bukan raya) sebagai panduan bergerak dari satu jemputan ke satu jemputan dengan ditemani oleh saudara Azizi yang bukan saja merupakan teman diperjalanan, tetapi perakam peristiwa. (Tidak semua jemputan dapat dihadiri. Mohon maaf kepada penganjur bagi program raya yang tak sempat dihadiri – tak dicatat di sini).

Sabtu:

1) Menghadiri Hariraya Sekolah Agama Lepai Bandar Baru Bangi

2) Aqiqah dan Hariraya di rumah Ustaz Miswan jiran di 1/3, Bandar Baru Bangi

3) Sambutan Raya bersama penduduk di Flat Seri Mutiara, Kajang

4) Berhariraya di Surau Al-Buhaira`, Bukit Mahkota, Bangi.

5) Bersama berhariraya di 1/3 anjuran Surau Al-Umm Bandar Baru Bangi

6) Ke jemputan Hariraya rumah Dato` Zaidi Seksyen 3, Bandar Baru Bangi- Dato` Zaidi perkenalkan ADUN dengan Cik Rita anak sulung al-Marhumah Dato` Susilawati Lawiya yang kebetulan datang menziarah & berhariraya di rumah Dato` Zaidi pada malam itu. ADUN Bangi mengucapkan takziah di atas kematian ibunya Dato` Susilawati.

Ahad:

1) Makan pagi sempena Hariraya di rumah Kolonel (B) Mohd Abu Pengerusi Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

2) Berhariraya di Surau Al-Falah, Jalan 6, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

3) Berhariraya di Surau D` Wakaf, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

4) Berhariraya anjuran Surau dan Persatuan Penduduk Taman Tun Perak, Balakong


5) Berhariraya di Pasti Al-Siddiq, Taman Desa Surada, Bandar Baru Bangi.

6) Berhariraya jemputan Ahli Parlimen Hulu Langat di Saujana Impian, Hulu Langat

7) Berhariraya di Rumah Tuan Haji Nik Pa Nik Leh, Sungai Ramal Luar, Kajang

8) Berhari Raya di Rumah Tuan Haji Rushdi, Ketua Lajnah Kebajikan ADUN Bangi, di Balakong


Sekian.

No comments:

Post a Comment