August 9, 2010

Pembesar Suara Untuk Kegunaan Ramadhan

BBB, 27 Sya'ban = 08 Ogos (AHAD):

Lebih kurang 3 bulan yang lepas ADNS Bangi dijemput berjemaah maghrib-Isyak di Surau Cempaka Sari, iaitu kawasan rumah pangsa yang baru dihuni di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sebagai surau yang baru, di kawasan perumahan baru dan yang baru dihuni, maka didapati tiada apa-apa peralatan selain dari tikar dan sejadah.


ADNS Bangi dijemput penduduk dengan tujuan untuk memohon peralatan bagi surau berkenaan. Petang hari ini ADNS dan pengiring-pengiring ke Surau Cempaka Sari ini menyampaikan satu set pembesar suara, sebuah almari dan sebuah rak buku.




Majlis penyerahan ringkas petang ini dilakukan ADNS Bangi dengan menyampaikan pembesar suara kepada En. Mustaqim Ketua dan En, Darus Setiausaha Surau. Turut sama hadir Puan Hamsiah binti Asree Ketua Wanita dan beberapa penduduk. Dalam ucapan ringkas ADNS Bangi berharap pembesar suara ini dapat digunakan pada bulan Ramadhan yang hampir tiba. Penduduk diharap akan sama-sama turun berjamaah pada bulan Ramadhan dan seterusnya pada masa hadapan. ADNS Bangi berharap peralatan ini dijaga dengan baik, kalau boleh diletak di dalam box besi yang berkunci yang dilekatkan di dinding untuk mengelak dari kecurian.


Sekian.

No comments:

Post a Comment