July 15, 2010

Hari Keluarga Di Sekolah Tamil West Country

West Country, 28 Rejab = 11 Julai (Ahad):


Pagi ini berkesempatan melawat Hari Keluarga di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di West Country. Ketibaan ADNS Bangi disambut Mr. Sem Setiausaha Dewan Pakatan Serdang, Mr. Ramu Ketua Silambam Selangor, En. Raj, En.David Robert dan AJK. Ketika ADNS tiba, perlawanan Silambam sedang rancak dijalankan, termasuk pertunjukan oleh Mr. Ramu.


ADNS Bangi yang diminta berucap, berterima kasih kerana dijemput hadir dan dapat menikmati berbagai-bagai persembahan seni silambam dari peringkat anak muda dan orang tua. Sebagai satu seni silat ia patut dipelihara disamping memupuk kecekapan bergerak dan bertindak. Satu masa wajar kata ADNS, kita mempertemukan berbagai-bagai jenis silat sama ada dari kaum India, Melayu dan Cina. Dengan ini kita dapat meningkatkan mutu silat dan mempereratkan hubungan masyarakat. ADNS Bangi berjanji akan menyampaikan bantuan yang telah diminta sebelum ini bagi mengadakan Hari Keluarga pada hari ini. ADNS Bangi diperkenal kepada pesilat-pesilat Silambam.



Selepas berucap dan berkenalan dengan pemimpin-pemimpin Silambam dan dengan pesilat-pesilat ADNS Bangi dibawa melawat gerai-gerai, mencuba mainan yang dibuka kepada sesiapa yang mau mencuba – termasuk menendang bola ke gol, mencampak gelong rotan dan sebagainya. Hari terbuka amat meriah dan kemeriahan terpancar di wajah-wajah pengunjung dari berbagai peringkat masyarakat India, khususnya di West Country.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment