June 13, 2010

Rantaian Pemerintahan Era Tengku Abdul Rahman Berakhir Dengan Najib ?

(Sebuah Anekdot)

Putik, Kota Bharu, 27 J. Akhir = 11 Jun (Jumaat):


Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Mursyidul AM PAS yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan para perwakilan Pas dari kalangan Pemuda dan Muslimat ketika menghadiri pembukan mesyuarat Dewan Pemuda dan Muslimat supaya memberi perhatian dan bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan jalan terbuka bagi memasuki Putrajaya selepas pilihanraya ke 13 nanti. Harapan dan nasihat Tuan Guru ini banyak diperpanjang dan diulang oleh para perwakilan di dalam Muktamar.


Turut mengutarakan pendapat secara spekulatif dan optimis, ialah Pengerusi Tetap Pas Abu Kassim bin Abdullah. Menurut beliau,
"Usia badan politik sebagaimana usia manusia, pada satu peringkat akan mengalami kemerosotan dan membawa kepada pengakhiran kekuasaan atau mengalami kematian – maksudnya berkuburnya sesuatu parti atau pemerintahan. Contoh Parti LDP di Jepun, Golkar di Indonesia, Ba'ath di Iraq dan lain-lain."

Menurut Abu Kassim yang terkenal sebagai seorang pemantun dan pandai berceloteh hingga tidak kering gusi pendengar dan tidak jemu mengikuti Muktamar lantaran ungkapan-ungkapannya yang mencuit hati, bahawa,

Era pimpinan pemerintahan Negara yang dimulakan oleh Tengku Abdul Rahman, menurut perkiraan spekulatif dengan dalil-dalil yang tampak akan berakhir dengan pengakhiran generasi keenam pemerintahan Perdana Menteri sekarang. Beliau menyusun bukti spekulatif:

Era Tengku Abdul Rahman

1) Tengku ABDUL -RAHMAN - diteruskan oleh
2) Ra - Razak
3) H - Hussein Onn
4) M - Mahathir
5) A - Abdullah Badawi
6) N - Najib

Bila pendengar ketawa dengan leluconnya. Beliau dengan serius berkata, "Saya serius, bukti-bukti jelas menunjukkan kerajaan sekarang akan menuju pengakhiran dengan kekurangan sokongan, masalah ekonomi, sosial dan jenayah. Yang perlu menurutnya, "Semua pihak memasang azam sebagaimana diamanah oleh Tuan Guru dan bekerja bersungguh-sungguh secara berjamaah dan jangan lupa terus berdoa kepada Allah supaya dikabulkan niat kita yang suci bagi menegakkan kesucian Islam. Ungkapan beliau itu di sahut dengan,

Allahu Akbar dan diikuti oleh para muktamirin dengan gema Allahu Akbar!


Sekian.

No comments:

Post a Comment