February 20, 2010

Pas Serdang Meraikan 17 Pasangan Pengantin Baru

Teras Jernang, 06 Rabiul Awwal = 19 Februari (Jumaat):


Buat pertama kali Pas Serdang meraikan petugas-petugas parti Pas Serdang dan Kabinet Mini ADUN Bangi yang telah berkhidmat selama ini dan melangsungkan perkahwinan antara 2007 hingga kini. Seramai 17 pasangan diraikan, tetapi 12 pasangan sahaja dapat hadir ke Majlis keraian yang diadakan di sebuah restoran di sini. Mereka ialah pasangan-pasangan Rafiza, Nafisah, Hanizah, Sakinah, Aini Nabihah, Azura, Safinah, Farhatul Hamimah, Safinah, Huda Hashim dan pasangan terbaru yang baru dua minggu berumahtangga ialah pasangan Nurainul Yaqeen bt. Ahmad dengan suaminya Hamimim bin Nasuha.


Turut hadir meraikan mereka keluarga mereka dan petugas-petugas parti yang berjumlah lebih kurang 100 0rang. Antara tetamu yang hadir ialah ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP juga selaku Ahli MPKj, Haji Mazuan Johar Naib YDP yang juga Ahli MPKj, Sdr. Adhram Ketua Pemuda, Pn. Zuryati Yassin, Ketua Muslimat, En Shukur Ketua Kampung. Teras Jernang, Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampung Sungai Ramal Luar, Haji Marzuki Ketua Kampung Pekan Bangi, En. Abdul Hadi Ketua Kampung Sungai Tangkas.



ADUN Bangi ketika berucap meraikan mereka mengucapkan "Pengantin Baru" diharap semua aman damai dan kekal bahagia ke anak cucu. Program yang diadakan bagi meraikan sumbangan pesangan pengantin kepada parti dan mengharapkan mereka meneruskan jihad dan perjuangan keislaman. Menurut ADUN kita bersyukur kepada Allah pelajar-pelajar yang baru lulus dari universiti-universiti terdapat, sebahagian dari mereka memberi tenaga dan idea kepada perjuangan kita. Tenaga-tenaga aktif seperti ini kalau boleh kita mau kekalkan berkhidmat di tempat kita. Kita sama berusaha mendapatkan kerja bagi mereka di tempat berdekatan. Salah satu cara menemukan jodoh dari kalangan mereka yang sehaluan dalam perjuangan dan meneruskan perjuangan setempat. Perkahwinan insya Allah menyediakan zuriat soleh yang akan menjadi pelapis perjuangan berterusan pada masa akan datang.

Ustazah Mariam Pensyarah Fakulti Islam UKM yang juga iseteri Ustaz Shafie Ngah, Timbalan YDP, menyampaikan tazkirah tentang Apa Erti Perkahwinan dan hakikat perkahwinan. Banyak panduan dan nasihat yang berguna disampaikan kepada pengantin-pengantin baru yang sesetengahnya sudah mempunyai cahaya mata yang dibawa bersama.
Penyampaian cenderahati disampaikan oleh isteri ADUN, Puan Hajjah Mu'minah bt. Yusoff.


No comments:

Post a Comment