February 9, 2010

Meraikan YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin Di Bangi

Seksyen 9, Bandar Baru Bangi 23 Safar = 08 Februari (Isnin):


Saya bersama isteri dan sejumlah penyokong Datuk Seri Nizar Jamaluddin termasuk YB Dr Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan isteri datang meraikan Dato' Seri Nizar dan isteri yang memilih Bangi untuk menginap dalam rangka menghadiri keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak. Dalam majlis makan yang diadakan di sebuah hotel di sini yang berdekatan dengan tempat beliau menginap, kami bercakap-cakap berhubung dengan berbagai topik, termasuklah dengan kemungkinan keputusan yang bakal diketahui esok. Beliau tenang dan berkeyakinan, "Baik kemungkinan menang atau kalah, akhirnya penentuan keputusan yang sebenar, terpulang kepada rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Walau bagaimana beliau menyatakan, "Dari penilaian yang dibuat bahawa rakyat masih memberi kepercayaan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat, jika peluang mengundi diberikan."


Kami sejumlah 25 orang yang meraikan Dato' Seri Nizar berbual dengan beliau sehingga jam 9.30 malam sebelum bersurai. Kita percaya keputusan mahkamah hari ini yang tidak berpihak kepada beliau tidak sedikitpun menjejaskan semangat juang beliau dan pejuang-pejuang setia selama ini.


Sekian.

No comments:

Post a Comment