February 22, 2010

Contohi Persatuan Penduduk Seksyen 7

Seksyen 7, 06 R. Awwal = 20 Februari (Sabtu):


Adalah menjadi program tetap bagi penduduk Seksyen 7 mengadakan gotong royong pada setiap bulan demi menjaga kebersihan sekitar kawasan perumahan mereka. Demikianlah pada hari ini merupakan Hari Gotong Royong bagi seksyen di atas. Pemangku Ketua Persatuan Penduduk Seksyen 7, Ustaz Shafie Ngah yang juga Timbalan YDP Pas Serdang dan Ahli MPKj menjemput ADUN meninjau sekejap ke program Gotong Royong yang diadakan di sini.


ADUN meluangkan sedikit masa dalam kesebokan hari ini ke seksyen 7. Pusat kegiatan adalah di Surau D` Wakaf yang agak unik itu. ADUN dapati pendudukan sekitar lelaki perempuan dan anak-anak keluar bergotong royong. Yang lelaki membersih longkang, membaiki pagar, memotong rumput, menyapu dan membersih sampah serta memotong dahan-dahan pokok dan membakar mana yang patut dibakar, manakala anak-anak pula membersih laman surau. Mereka membawa surat-surat khabar lama di susun untuk dijual dan sebagai bahan kitaran semula. Manakala wanita bergotong royong membersih peralatan masakan surau dan memasak makanan dan menghidang kuih-kuih yang dibawa mereka bagi pekerja-pekerja dan anak-anak yang sama mengambil bahagian bergotong royong. ADUN berkesempatan bertemu dan bersalam dengan pekerja-pekerja lelaki yang memang pada peringkat puncak bergotong royong dan bersama anak-anak yang sedang menyusun surat khabar lama.


Aktiviti bulanan ini bukan semata-mata bersifat gotong royong, tetapi mengeratkan hubungan di kalangan penduduk setempat, di samping memakmurkan surau. Penduduk kawasan lain wajar menurut contoh penduduk Seksyen 7 yang mengadakan program gotong royong sesama penduduk setempat.


No comments:

Post a Comment