February 6, 2010

Bantuan Pelajaran Kepada Pelajar Miskin

Dataran Usahawan, Bandar Baru Bangi 23 Safar = 6 Februari (Sabtu):


Pagi ini ADUN Bangi menyampaikan "Batuan Pelajaran" kepada 54 pelajar miskin yang lulus peperiksaan PMR dan UPSR bagi tahun 2009. 32 daripada mereka adalah lulusan UPSR dengan bantuan setiap seorang daripada mereka sebanyak RM120.00, manaka 22 daripada mereka adalah lulusan PMR dengan bantuan sebanyak RM90.00 setiap orang. Ini bermakna sejumlah RM5,800 dikeluarkan pada hari ini bagi bantuan pelajar-pelajar miskin yang lulus kedua-dua peperiksaan di atas.

ADUN Bangi di dalam ucapannya memberitahu bahawa bantuan yang dikeluarkan pada hari ini berjumlah RM5,800 kepada pelajar miskin lulusan UPSR dan PMR DUN Bangi adalah merupakan "Bantuan Prihatin" dari Kerajaan Negeri Selangor. ADUN Bangi meminta dari pelajar-pelajar menjadikan bantuan sebagai dorongan kepada belajar lebih rajin. Banyak lagi bantuan akan diberi kepada pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi jika mereka berjaya di dalam pelajaran. Kerajaan Negeri dan ADUN memperuntukkan bantuan "Kembali Ke Sekolah" Bantuan UPSR, PMR, SPM, Bantuan Masuk Universiti, biasiswa atau pinjaman yang tidak dikenakan bunga. ADUN mengingatkan pelajar-pelajar berada di kawasan Bangi yang dikenali dengan Bandar Ilmu, supaya pelajar mesti rajin belajar agar tidak ketinggalan, tetapi berjaya di dalam kawasan yang dikenali dengan Bangi Bandar Ilmu.


ADUN juga berharap, ibu bapa memainkan peranan memberi galakan kepada anak-anak supaya rajin belaja dan mendorong mereka ke arah kejayaan. Seramai lebih kurang 100 orang hari ke Majlis Penyampaian pada pagi ini yang turut dihadiri ibu bapa.



No comments:

Post a Comment