December 23, 2009

Program Kembali Ke Sekolah: Motivasi Dan Sumbangan

Bangunan PKNS, 3 Muharram = 20 Disember (Ahad):


Pada kali ini program hujung tahunan ini dipertingkat dan jumlah anak-anak dari kalangan ibu bapa yang miskin diberi bantuan "Kembali Ke Sekolah" bertambah kepada 60 orang. Mereka adalah pelbagai kaum dari berbagai-bagai cawangan di DUN Bangi. Menurut Pengarah Program, Saudara Azmalee Hamzah, "Peruntukan bagi Kembali Ke Sekolah ini, bukan saja dari ADUN, tetapi terdapat penyumbang-penyumbang dari agensi-agensi, pusat perniagaan dan juga orang-orang perseorangan." Syabas kepada Lajnah Kebajikan dan Jawatankuasa Program yang berjaya mendapat tajaan-tajaan. Turut hadir bersama dalam program, Ustaz Shafie Ngah, Timbalan YDP dan Ahli MPKj, Sdr. Adhram Musa Ketua Pemuda, Pn. Zuryati Ketua Muslimat dan Hj. Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan.

~Saudara Azmalee Hamzah memberi ucapan alu-aluan~

~Kehadiran tetamu yang memenuhi Bilik Cempaka, PKNS~

ADUN Bangi di dalam ucapan ringkasnya, menyatakan bahawa pihak Kerajaan dan DUN Bangi amat menekankan perhatian pada pendidikan sesuai dengan Bangi Bandar Ilmu. Menurutnya, "Kita memberi bantuan kepada anak-anak miskin dan kita juga memberi insentif kepada anak-anak cemerlang."

~YB ADUN Bangi memberi ucapan perasmian~

Kerajaan menyediakan banyak kemudahan bagi anak-anak belajar. Setiap anak yang lahir di Selangor sejak 2008 diperuntukkan caruman yang bila mereka masuk ke universiti, dapat digunakan untuk pengajian. Anak yang layak masuk ke universiti diberi wang sebanyak RM1,000 dan kalau tidak mendapat bantuan, mereka boleh meminjam dari skim pinjaman pelajaran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.Pinjaman tidak dikenakan sebarang bunga. Jika pelajar di universiti berjaya dengan cemerlang, maka pinjaman ditukar kepada biasiswa. Sebelum bantuan disampaikan oleh ADUN kepada anak-anak yang setengah daripada mereka disertai atau diwakili ibu bapa menerimanya satu ceramah motivasi disampaikan oleh Yang Bhg. Ustaz Tuan Syed Norhisham bin Tuan Padang yang menekankan kejayaan di dalam kehidupan ialah kejayaan di dunia dan akhirat. Bagi mencapai kejayaan itu, menurut Pakar Motivasi itu, "Ibu bapa hendaklah sama berperanan di dalam mendidik anak-anak," katanya,


~YB Dr Shafie menyampaikan sumbangan kepada penerima yang hadir~

No comments:

Post a Comment