November 3, 2009

PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Al-Fatihah. PAS Serdang sedang merancang untuk mengadakan sambutan jubli peraknya. Antara tokoh yang bakal diundang ialah Allahyarham Hj. Abd. Hamid Dina. Namun Allah SWT. terlebih dahulu menjemputnya meninggalkan kita semua. Berita sedih mula tersebar melalui sms selepas zohor dari rakan seperjuangan PAS cawangan Teras Jernang. Jenazah beliau tiba tepat ketika azan Asar berkemundang di masjid As-Solihin, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Solat jenazah diimamkan oleh Hj. Kamaruddin seusai solat Asar dengan puluhan makmum dari rakan seperjuangan dan kariah Masjid As-Solihin. Beberapa orang pemimpin PAS kawasan Serdang dilihat hadir diketuai oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, Timbalannya Ustad Shafie Ngah, Ketua Dewan Ulamak ,Ustad Bashir dan Ketua Pemuda, Saudara Adram Musa.

Allahyarham Hj. Abd. Hamid Dina berusia lewat tujuh puluhan adalah mantan imam masjid As-Solihin, pengasas PAS cawangan Teras Jernang serta pernah mengetuai cawangan tersebut beberapa tahun sebelum mengundurkan diri atas faktor usia. Cawangan PAS Teras Jernang adalah cawangan yang terawal di Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 2005, apabila PAS kawasan Serdang menghadapi masalah tempat untuk mengadakan mesyuarat agong Arwah Hj. Hamid menjadi penyelamat disaat akhir dengan menawarkan bangunan PASTI Teras Jernang sebagai tempatnya. Dalam keadaan bersesak hingga ke anak tangga roh perjuangan Islam diteruskan sehingga kini.

Di atas segala pengorbanannya mendaulatkan Islam, Allah sahaja yang layak membalasnya. Semoga roh Arwah Hj. Abd Hamid Dina diletakan bersama roh-roh orang yang beriman dan sahabat nabi. Amin.

No comments:

Post a Comment