October 22, 2009

Pengukuhan Akidah: Cabaran Dan Penyelesaiannya

(Inti dari Ucapan Perasmian oleh Dr. Shafie Abu Bakar bagi Seminar Bertajuk di atas pada 20 Oktober 2009 di Masjid Teras Jernang, Bangi)

1. Pendahuluan

Bukan agama, jika tiada keyakinan mengenai hakikat kewujudan. Islam membawa keyakinan yang kukuh dengan akidah tauhid. Tiada agama mampu berdepan dengan kekukuhan akidah ini. Allah Maha Tunggal. Pencipta segala (al-Ikhlas: 1), Bersifat Sempurna Melengkapi (al-Hashr: 22-24).

Prinsip akidah Islam bersumber al-Qur`an diperkukuh dengan pendekatan akidah salaf dan khalaf. Pendekatan Sunni diasas oleh Ashari, Maturidi dan al-Tahawi. Pendukung akidah sunni mengarang karangan-karangan aqidah. Beberapa matan akidah menjadi bahan olahan dipelajari di Negara-Negara Islam.

2. Karya-Karya Sumber Akidah

2. I. Sumber Akidah Di Negara-Negara Islam

a) Nazam Aqidat al-Awwam oleh al-Sayyid Ahmad al-Marzuqi
b) Matn al-Sanusiyyah oleh Muhammad Yusuf al-Sanusi
c) Matn Umm al-Barahin oleh al-Allamah al-Qayrawani
d) Matn Jawharat al-Tauhid oleh Ibrahim al-Liqani

Matan-matan di atas amat terkenal diolah secara sharah atau Hashiah oleh ulama-ulama akidah. Contoh:

a) Sharah bagi Nazam Aqidat al-Awwam

1. Disharah oleh pengarang nazam itu sendiri dengan judul karangan Tahsil Nayl al-Muram li Bayan Manzumat Aqidat al-Awwam.
2. Disharah di dalam bahasa Melayu (Jawi) oleh Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani berjudul Sharh Nazam Aqidat al-Awwam.

b) Sharh dan Hashiah bagi Matn al-Sanusiyyah

1. Disharh oleh Ibrahim al-Bayjuri dengan judul Al-Muqaddimah `ala al-Sanusiyyah
2. Dihashiah oleh Ibrahim al-Baijuri dengan judul Hashiah `ala Matn al-Sanusiyyah
3. Disharh oleh al-Imam al-Hudhudi terhadap Matn al-Sanusiyyah dan dihashiah ke atas karangannya ini.
4. Dihashiah oleh Muhammad al-Hafnawi dengan judul Hashiah `ala Sharh Risalat al-Sanusiyyah.
5. Disharh oleh Dawud bin Abdullah al-Fatani berjudul al-Bahjat al-Saniyyah fi
`Aqa`id al-Sanusiyyah.

c) Sharh dan Hashiah Terhadap Matn Umm al-Barahin

1. Disharh oleh al-Qayrawani sendiri dengan judul Sharh al-Allamah al-Qayrawani li
Aqidat al-Musammati bi Umm al-Barahin.
2. Dihashiah oleh Ahmad Abdullah al-Fattah dengan judul Hashiah `ala Sharh al-
`Allamah al-Qayrawani li `Aqidat al-Musammat bi Umm al-Barahin.

d) Sharh dan Hashiah terhadap Matn Jawharat al-Tauhid

1. Disahrh oleh Ibrahim al-Bayjuri dengan judul Tuhfat al-Murid `ala Jawharat al-
Tawhid.
2. Dihashiah oleh Ibrahim al-Bayjuri berjudul Hashiah al-Bayjuri `ala Matn al-
Jawharat.

Sebahagian dari kitab-kitab aqidah yang lain di dalam bahasa Arab ialah

1. Karangan oleh Ibrahim al-Bayjuri berjudul Hashiah Tahqiq al-Maqam `ala Kifayat al-`Awwam fi `Ilm al-Kalam.
2. Karangan oleh Muhammad Nawawi Ibn Umar Ibn `Arabi al-Jawi dengan judul al-Thamarat al-Yani`at fi Riyad al-Badi`ah.
3. Karangan oleh Muhammad Nawawi Ibn `Umar Ibn `Arabi al-Jawi berjudul Fath al-Majid fi Sharh al-Durrat al-Farid fi `Ilm al-Tawhid.
4. Karangan oleh Muhammad Nawawi Ibn `Umar Ibn `Arabi al-Jawi berjudul Sharh fi Kashf al-Sija `ala Safinat al.Naja fi Usul al-Din wa al-Fiqh.
5. Karangan oleh Muhammad Nawawi Ibn `Umar Ibn `Arabi al-Jawi berjudul Tuhfat al-Ikhwan fi Sharh Shu`b al-Iman.

Inilah sebahgian daripada kitab-kitan akidah di dalam bahasa Arab yang memperkukuhkan akidah ummah dari kalangan ahlussunnah wa al-jamaah termasuk pada peringkat pada pengajian tinggi di alam Melayu melalui pondok pengajian, pesantrin, pengajian masjid-surau dan rumah-rumah ulama.

2. II. Sumber Akidah di Alam Melayu

Di Alam Melayu sendiri melalui pusat-pusat pengajian tinggi tradisi, para ulama selain dari mengajar ilmu akidah dengan menggunakan kitab-kitab akidah di dalam bahasa Arab sebagaimana diperkatakan di atas, ulama-ulama Melayu sendiri menghasilkan karangan-karangan akidah di dalam bahasa Melayu. Antaranya:

a) Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani mengarang

1. Al-Durr al-Thamin
2. Al-Bahjat al-Saniyyah fi `Aqa`id al-Sanusiyyah
3. Diya` al-Murid
4. Jawharat al-Saniyyah fi Sharh `Aqa`id al-`Aliyyat
5. Sharh Nazm `Aqidat al-Awwam

b) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn bin Mustafa bin Muhammad al-Fatani

1. Faridat al-Fara`id fi Ilm al-Tawhid

c) Syeikh Zayn al-`Abidin bin Muhammad al-Fatani

1. Aqidat al-Najin
2. Irshad al-`Ibad
3. Miftah al-Murid fi `Ilm al-Tawhid

d) Muhammad Zayn bin Al-Faqih Jalaluddin

1. Bidayat al-Hidayat

e) Abdul Samad bin Muhammad Salih al-Kelantani (Tuan Tabal)

1. Manhat al-Qarib al-Mujib wa Mughni al-Raghibin fi al-Taqrib

f) Hussein Nasir

1. Bidayat al-Talibin ila Ma`rifat al-Rabb al-`Alamin

g) Syeikh Ni` Mat al-Fatani

1. Matla` al-Badrayn wa Majma` al-Bahrayn

h) Muhammad bin Ali bin Abdul Ghafur (Kotan)

1. Zahrat al-Murid fi Aqa`id al-Tawhid

i) Muhammad Tayyid bin Mas`udi

1. Miftah al-Jannat fi Ilm Usul al-Din
.
j) Muhammad Zayn Nuruddin bin Tuan Imam Haji Abbas Batu Bara

1. Fawa`id al-Zayn Ilm Aqidat Usul al-Din

k) Muhammad Zayn al-Din bin Muhammad Badawi al-Sambawi

1. Siraj al-Huda

l) Ibrahim al-Liqani (Sharh di dalam Bahasa Melayu tiada disertakan pengarang)

1. Sharh Bagi Jawharat al-Tawhid

m) Muhammad Abduh (Terjemah dari karangan – tiada nama pengarang)

1. Risalat al-Tawhid

Demikianlah kitab-kitab aqidah yang terhasil di dalam bahasa Melayu yang dikarang oleh ulama`-ulama` Melayu. Mereka mengajar dan mengarang di pusat-pusat pengajian tradisi seperti di pengajain pondok, langgar, psantrin, madrasah. Ulama-ulama ini biasanya mendapat pengajian tinggi di Makkah. Karangan-karangan mereka digunakan di pengajian-pengajian tinggi disebutkan dan digunakan sebagai bahan-bahan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan rumah-rumah tok guru.

Pada zaman tradisi pengajian sifat dua puluh amat popular, mereka memahami pembahagian sifat-sifat kepada nafsiyyah, salbiyyah, ma`ani dan ma`nawiyyah. Mereka menghafal nama-nama nabi secara berlagu. Istilah-istilah seperti wajib, mustahil, harus, qada` dan qadar, dalil, burhan dan berbagai lagi adalah penggunaan yang mencerminkan pegangan akidah. Pegangan akidah memberi kesan kepada keyakinan, sudut pandangan, kehidupan kemasyarakatan, sosial dan akhlak.

Pengajaran akidah ini berterusan dilakukan dimadrasah, masjid, surau dan sekolah-sekolah agama yang memantapkan pegangan dan akidah mereka.

2. Permasalahan

Permasalahan yang dihadapi kini. Kefahaman tentang akidah makin menipis dengan ini menggugat keyakinan, menjejaskan keperibadian dan membawa kepada penyelewengan. Ini diakibatkan oleh:

2.1. Pengajian akidah kurang diajar kepada masyarakat umat. Jika ada kurang menarik minat.
2.2. Kurikulum akidah tidak mencukupi di dalam pengajaran agama Islam di sekolah-sekolah
2.3. Penguasaan tulisan jawi berkurangan, jadi mereka tidak dapat membaca kitab-kitab akidah tradisi yang banyak dikarang di dalam tulisan jawi. Apa lagi yang di dalam bahasa Arab.
2.4. Kurang buku-buku akidah di dalam tulsan rumi yang dikarang untuk dipelajari masyarakat yang tidak lagi dapat membaca di dalam tulisan jawi.
2.5. Pengajaran terkini seperti di masjid, surau dan madrasah kurang menekankan pengajaran akidah, kerana dianggap payah dan kurang menarik minat.

3. Kesan dan Akibat

3.1. Generasi muda kurang bekalan akidah dan rapuh dari segi shakhsiah.
3.2. Lebih terpengaruh dengan peralatan komunikasi moden dan media letronik
3.3. Runtuh akhlak kerana tiada benteng akidah
3.4. Mudah diserapi aliran-aliran fikiran yang menggugat pegangan akidah seperti sekularisme, liberalisme dan penyamarataan.
3.5. Liar dari institusi agama dan mudah terpengaruh dengan penyelewengan seperti black metal, dakwaan rasul palsu, kerajaan langit Ayah Pen, Anti Hadith, mempersoalkan perundangan dan hukum-hukum agama.

4. Penyelesaian

Antara penyelesaian yang dicadangkan

4.1. Kurikulum dan buku-buku akidah terkini dihasilkan bagi digunakan di sekolah, pengajian di masjid, surau dan pengajian tinggi.
4.2. Pengajaran akidah hendaklah ditekankan di dalam pengajian agama Islam diberbagai institusi.
4.3. Pendekatan terkini berasaskan sains perlu dihuraikan dari segi akidah bagi menarik golongan intelektual meminati pengolahan akidah
4.4. Kajian-kajian akademik bagi pendekatan akidah hendaklah dilakukan oleh pengajian-pengajian tinggi, khususnya pengajian tinggi yang berjenama Islam
4.5. Tokoh-tokoh ilmuan akidah Islam perlu mampu dan berdepan berhujah dengan tokoh-tokoh akademik dan pendukung sekularisme, liberalisme dan berbagai-bagai aliran pemikiran yang lain.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment