October 9, 2009

Abdul Azees Abdul Rahim Ditumbuk Oleh 9 Pemuda Pas ?

Tidak percaya ! Menurut kawanku yang sama berarak ke tempat penamaan colon di bangunan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu 3 Oktober lepas.
``Apa yang kusaksikan aman``.
Menurutnya yang merasa amat tidak munasabah pemuda Pas bertindak sedemikian.

``Mungkinkah sengaja diada-adakan untuk memburukkan Parti PAS, untuk mendapat publisiti murahan dan menarik sokongan kepada UMNO yang merasa mereka dalam keadaan lemah. Penyokong yang hadir menyokong UMNO tak sampai satu pertiga dari 20 ribu mereka yang berarak !``

``Tapi, dia menunjukkan kesan biru pada tengkoknya ?``
Apa nak dihairankan, ``Menurut teman``. Abdul Azees memang biru ! Sebagaimana partinya adalah biru !``.

`Tapi, mengapa beliau masuk hospital ?``
Jawabnya, ``Boleh dipersoal kebenaran dan boleh dilakonkan.``

Bukti hendaklah ditunjukkan semasa beliau ditumbuk oleh kesembilan-sembilan yang menumbuk`` dan yang penting perlu disahkan kesembilan-sembilan ahli Pas berdaftar, jika tidak, walaupun ditumbuk, tetapi bukan dari ahli Pas berdaftar, ia adalah palsu dan diada-adakan.`` tegas beliau.

Kawanku menunjukkan keratin akhbar, ``Tawaran hadiah RM1,000 bagi siapa yang merakamkan penumbukan bagi membuktikan kebenaran.`` Kataku, ``Ini membuktikan dakwaan ditumbuk rekaan. Kini bukan setakat tiada gambar 9 menumbuk apa yang dikata pendakwa, bahkan tiada saksi yang melihat dan menyokong dakwaan.``
Aku bimbang, ``Perkara tidak berlaku, didakwa berlaku, Allah menurunkan bala yang membawa penderitaan luar jangka.`` Na`uzubillah min dhalik.

No comments:

Post a Comment