September 11, 2009

Iftar Di Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan, 17 Ramadhan = 7 September (Isnin)

Menurut jadual Ramadhan yang disusun oleh Lajnah Kebajikan, Kabinet Mini ADUN Bangi, ADUN sepatutnya berjama`ah fardu Isya` dan tarawih di Surau Al-Ehsan, Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi. Tetapi jadual terpaksa dilakukan perubahan dan penyesuaian, oleh kerana dalam masa tiga jam terakhir ada empat program mendatang terpaksa ditunaikan. Oleh itu kehadiran ke Surau Al-Ehsan terpaksa diawalkan, iaitu datang beriftar selepas hadir ke majlis di Masjid Al-Salihin Teras Jernang.

Al-hamdulillah walaupun program mengejut kehadiran ke Surau Al-Ehsan diterima meriah. Secara kebetulan pada petang itu seorang jiran surau membuat kebajikan dengan sponsor juadah berbuka pada petang itu. ADUN sendiri membawa sedikit sumbangan untuk iftar. Jumlah yang hadir pada petang itu agak ramai. Kemesraan dan kekudusan puasa terpancar di wajah hadirin. Setelah selesai berjamaah maghrib, ADUN meminta maaf tak dapat berjamaah Isya` dan bertarawih bersama – mohon berundur dan bergegas dengan Saudara Azizi selaku pengiring setia ke Masjid Kuning, Batu 10, Cheras.

(Iftar di surau)

1 comment:

  1. Akhi masukkan berita YB bertarawikh bersama jamaah di AlKauthar Seksyen 4

    ReplyDelete