September 12, 2009

AL-KHAUTAR JEMAAH TERAWIHNYA SUBHANALLAH

9 September 2009 / 19 Ramadhan 1430 H:

Kesempatan menunaikan terawih di Surau Al-Khautar Fasa 4 Bandar Baru Bangi dalam jadual yang diatur Lajnah Kebajikan PAS Serdang bersama Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dipenuhi. Subhanallah! Jemaahnya memenuhi segenap ruang yang sedia ada. Suasananya menyamai sembahyang Jumaat yang turut diadakan pada surau yang sama. Begitu indahnya Ramadhan bila surau serta masjid dimakmurkan sepenuhnya dengan pelbagai program dan kehadiran jemaahnya.

Dr. Shafie Abu Bakar diberi penghormatan untuk mengimamkan sembahyang isyak, sembahyang terawih , menyampaikan tazkirah dan seterusnya menyampaikan bantuan kepada surau Al-Khautar dan surau-surau berdekatan.

2 comments:

  1. tahniah kepada Hj Aziz dan krew kerana berjaya membawa AlKauthar ketahap yang ada sekarang,semuanya Rahmat kurniaan Allah jua

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saya harap Dr Shafie Abu Bakar
    sebagai wakil kawasan Bangi, dapat sediakan Jadual Lawatan Atau Aktiviti setiap wakil dari PAS di kawasan Bangi.

    Bukannya apabila selepas aktiviti baru nak cerita di BLOG, itu maksudnya ramai yang baca di blog ini dah terlepas aktiviti itu.

    Kemaskinilah di BLOG ini. Saya cadangkan BLOG ADMIN guna GOOGLE CALENDAR untuk aktiviti akan datang.

    Sekian. Harap maklum cadangan saya ini.

    ReplyDelete