August 13, 2009

Sahsiah Remaja Teras Jernang.




Teras Jernang, 17 Sya`ban = 8 Ogos
Pihak JKKK dan AJK Masjid al-Solihin Kampung Teras Jernang menganjurkan program Kem Motivasi Remaja pada 8 & 9 Ogos bertempat di TJ Sanctuary Resort, Persiaran Rahmat, Teras Jernang. Program tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar

Dalam ucapannya ADUN Bangi mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pihak JKKK dan AJK Masjid al-Solihin yang begitu prihatin terhadap golongan muda dan membimbing mereka kearah peningkatan kualiti sahsiah, akhlak dan akademik bagi kepentingan diri dan generasi masyarakat pada masa akan datang.

Program dihadiri oleh golongan remaja dari Kampung Teras Jernang sendiri. Ada antara mereka yang pertama kali menyertai program sedemikian begitu teruja dengan pengisian yang diperolehi dari program tersebut.

No comments:

Post a Comment