August 12, 2009

Forum Hal Ehwal Islam dan Mesyuarat Agung

YB Shafie bersama nazir masjid, Saudara Azman Idris

YB Shafie bersama ahli panel Forum Perdana


Bandar Tun Hussein Onn 17 Sya`ban = 8 Ogos:

YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi merasmikan Forum Hal Ehwal Islam bertempat di Surau Al-Amin di Bandar tersebut berhubung dakwah Keislaman. Ahli Panel yang mengambil bahagian ialah Ustaz Salahuddin Nasir, Haji Zulkarnain Hamzah dan Ustaz Abdul Rahim Nasir. Forum dianjur oleh AJK Penduduk Jalan Suadamai 7/3 BTHO dengan kerjasama beberapa pihak. Forum mendapat sambutan penduduk setempat.

Sementara itu selepas merasmikan Forum ADUN Bangi bergegas ke Cheras Jaya
merasmikan Mesyuarat Agung AJK Masjid Manba` al-Ulum. Mesyuarat berjalan lancar dipengerusikan oleh Saudara Azman Idris yang beliau merupakan Nazir bagi Masjid tersebut. Tiada pemilihan AJK bagi mesyuarat kali ini.

No comments:

Post a Comment