May 4, 2009

SYURGA IBU


Kajang Utama, 3 May 2009.

Sempena Hari Ibu (10 May) , Rukun Tetangga Kajang Utama dengan kerjasama MPP Zon 23 yang diketuai En. Abu telah mengadakan Program Hari Ibu 2009. Program ini diadakan sebagai penghargaan kepada kaum ibu yang telah melahirkan kita semua ke dunia. Pertandingan bercerita, pakaian beragam dan persembahan tarian dari anak-anak telah diadakan untuk menghiburkan hati ibu-ibu. Satu pertandingan memasak dan seni hiasan bunga disertai oleh kaum ibu memeriahkan lagi majlis. Pada majlis yang sama ADUN Bangi telah memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan warga emas. Majlis dirasmikan oleh YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kawasan Serdang. Hadir bersama untuk menyampaikan sumbangan ialah Ustazah Mukminah (isteri YB Dr. Shafie), Pn. Zuriati (Ketua Dewan Muslimat Serdang) dan Pn. Norzilawati (Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat).

No comments:

Post a Comment