May 21, 2009

SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA DI BANGI





Buat julung kalinya masyarakat India di Bangi berpeluang mengadakan perayaan sambutan tahun baru India di Bangi. Sambutan telah diadakan di Pekan Bangi dianjurkan oleh Portfolio Kebajikan Mini Kabinet Bangi dengan kerjasama JKKB dan Kelab Penyokong PAS Bangi. Sambutan dimulakan pada sebelah pagi dengan pertandingan mewarna, pertandingan menghias ‘kolaam’ dan pertandingan yang berjaya menarik perhatian orang ramai iaitu pertandingan memanjat tiang licin.

Kemuncak sambutan ialah pada malamnya bila diadakan jamuan makan malam dan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama juga diadakan majlis pemberian bantuan beras, susu, gula dan sedikit wang tunai kepada 30 orang kurang kemampuan terdiri dari orang India, Melayu dan Cina.

Dalam ucapan perasmian ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata ,” Perayaan yang julung kali diadakan ini wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Selain orang India, orang Melayu dan Cina juga wajar digalakkan mengambil bahagian dalam acara kebudayaan ini. Kita harus mengambil peluang ini untuk memahami kebudayaan orang India dan dengan pengetahuan yang ada menimbulkan semangat saling menghormati antara satu sama lain.”

Turut hadir dalam program sambutan tahun baru India ialah ahli parlimen Serdang, Cik Teo Nie Chee.

1 comment:

  1. 40 set sumbangan bukan 30 set sumbangan.5kg beras,2 tin susu,1 kpt gula,dan buletin

    ReplyDelete