March 11, 2009

SG TANGKAS





Berdirilah seperti sepohon pokok yang rendang memayungi mahluk dan menghadiahkan buah walau pun dilempar dengan batu. Ayat serupa ini sering keluar dari mulut pimpinan takala kita kecewa atau terluka dihati. Walau pun cuba disabotaj program mesra rakyat di Sungai Tangkas berjalan lancar seperti dirancang. Kesemua taman perumahan seperti Taman Tropika, Taman Zamrud, Taman Universiti dan Taman Cerdik bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan. Turut sama ialah lima puloh orang pelajar dari German Malaysia Institute (GMI) yang berkampus di situ.. Beberapa risalah mengenai kebersihan dan nyamuk aedes turut sama diedar.

Pejabat Kesihatan Bandar Baru Bangi menghantar pasukan terdiri dari seorang doktor bersama beberapa orang kakitangan lain untuk pemeriksaan kesihatan percuma. Pameran mengenai aedes dan jualan amal turut diadakan. ADUN Bangi, Dr. Shafie menanam sebatang pokok sebagai simbolik kepada kempen itu. Kemudian beliau dengan diringi ahli majlis MPKj, Hj. Shafie Ngah bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 dan beberapa orang JKKK telah mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi rumah beberapa orang penduduk dari Kg. Sg. Tangkas yang uzur. Sedikit sumbangan telah dihulurkan sempena kunjungan itu.

Pada sebelah malam pula bertempat di perkarangan Apartment Tropika diadakan satu forum bersempena Maulidul Rasul. Ahli panel terdiri dari pendakwah bebas Ustad Farhan al-Hafiz dan Ustad Ridhuan Mohd Nor.

No comments:

Post a Comment