March 5, 2009

PASAR MALAM DAN SAMPAH


Selama ini dua aktiviti ini merupakan nadi kepada UMNO. Di mana-mana kita akan melihat organisasi UMNO dibalik pengurusan kedua aktiviti ini secara terang atau menggunakan Belia 4B, Rukun Tetangga dan sesetengah tempat RELA pun dilibatkan sama.

Pendapatan sesetengah pasar malam boleh menjangkau kepada empat angka dan dalam masa sebulan pendapatan mereka boleh mencecah ke pulohan ribu. Bayaran sewa tapak berjumlah lima ringgit minima pada sesetengah tempat seharusnya diagihkan kepada pihak PBT (biasanya RM 3) untuk urusan pembersihan dan punggutan sampah. Malang sekali rekod di pihak PBT menunjukkan bayaran yang diterima dari pengusaha pasar malam hampir kontang. Dalam erti kata lain pengusaha membolot semua hasil kutipan. Ini tidak termasuk bayaran penjualan tapak kepada warga asing (dalam aduan yang diterima melibatkan nilai lebih dari empat angka).

Bermula awal tahun ini struktur organisasi pasar malam disusun semula. Keutamaan diberikan kepada persatuan penduduk sesuatu tempat menguruskannya. Bayaran RM 2 yang berbaki selepas diserahkan kepada pihak MPKj digunakan untuk program berkaitan aktiviti penduduk. Berbeza sebelum ini dimana bayaran masuk ke dalam poket individu biasanya 'pembesar' UMNO.

Akibat dari penggambil alihan pengurusan pasar malam ini mereka telah terputus sumber kewangan. Dalam beberapa kes tertentu kekecohan cuba ditimbulkan. Begitu juga dalam kes pengurusan sisa pepejal yang mempunyai kaitan rapat organisasi UMNO (bersambun)...

1 comment:

  1. Dari segi pentadbiran, Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik daripada Barisan Nasional dengan berasaskan kepentingan dan kebajikan rakyat. Harap berusaha lagi, Rakyat akan sentiasa melihat.

    ReplyDelete